Faktor Pemilihan dan Pola Persahabatan Kanak-Kanak Prasekolah
Kajian ini bertujuan menninjau faktor pemilihan sahabat dan pola persahabatan kanak-kanak prasekolah Seramai 120 orang kanak-kanak prasekolah yang berumur enam tahun dari sepuluh buah pusat prasekolah anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat dipilih secara rawak. Data kajian dikumpul dengan menggunak...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English Malay |
Published: |
1998
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8989/1/FPP_1998_5_A.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan menninjau faktor pemilihan sahabat dan pola
persahabatan kanak-kanak prasekolah Seramai 120 orang kanak-kanak
prasekolah yang berumur enam tahun dari sepuluh buah pusat prasekolah anjuran
Jabatan Kemajuan Masyarakat dipilih secara rawak.
Data kajian dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dikendalikan
secara temubual Data juga dikumpul dengan menggunakan teknik sosiogram
Statistik diskriptif dan inferen digunakan semasa analisis data
Daripada analisis diskriptif, didapati kanak-kanak prasekolah
mementingkan faktor ciri personaliti, diikuti oleh faktor sokongan, kedekatan,
aktiviti-aktiviti lazim, daya tarikan fizikal dan afeksi apabila memilih seseorang
sebagai sahabat.
Berdasarkan pengukuran sosiometri, kanak-kanak prasekolah lebih
dominan membentuk pola persahabatan timbal-balik dan persahabatan sehala dan
kedua-dua pola ini dibentuk berdasarkan faktor yang sama iaitu faktor ciri
personaliti dan faktor aktlViti-aktiviti lazim responden juga didapati lebih
cenderung rnernbentuk pola persahabatan sarna jantina berbanding persahabatan
berlainan jantina
Berdasarkan ujian khi kuasa dua, terdapat pola yang berbeza bagi
pernilihan persahabatan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan berdasarkan
dirnensi 'sikap kasar' dan 'suka merajuk'
Kanak-kanak lelaki lebih bersikap terbuka dan positif untuk rnernbentuk
persahabatan dengan kawan berlainan jantina berbanding kanak-kanak perempuan. |
---|