Memahami elemen-elemen pembangunan diri pengikut dalam pembentukan pemimpin Organisasi Pertubuhan Belia Negeri Sembilan

Kajian mengenai memahami elemen-elemen pembangunan diri pengikut dalam pembentukkan pemimpin telah dijalankan secara kualitatif. Seramai lima orang pemimpin telah ditemubual secara mendalam untuk menceritakan pengalaman mereka. Data-data yang diperoleh dikumpulkan ke dalam empat kategori iaitu: (1...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sharif, Zainudin
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8991/1/FPP_1998_7%20IR.pdf
Description
Summary:Kajian mengenai memahami elemen-elemen pembangunan diri pengikut dalam pembentukkan pemimpin telah dijalankan secara kualitatif. Seramai lima orang pemimpin telah ditemubual secara mendalam untuk menceritakan pengalaman mereka. Data-data yang diperoleh dikumpulkan ke dalam empat kategori iaitu: (1) konsep pengikut dan pengikutan; (2) konsep pemimpin dan kepimpinan;(3) elemen-elemen proses pembentukkan pemimpin; dan (4) masalahmasalah berkaitan dengan pembangunan diri pengikut dan pemimpin. Kajian mendapati bahawa kefahaman pemimpin belia tentang konsep pengikut dan pengikutan adalah jelas dan mereka mengakui bahawa pengikut dalam organisasi belia perlu menunjukan imej aktif, pelaksana, berkeIjasama, sukarela, kesedaran dan ingin belajar. Pemimpin belia bersetuju membangunkan pengikut yang efektif dalam organisasi bella sangat penting kerana ia membantu pengikut membangunkan diri untuk menjadi pemimpin. Pengikutan yang efektif mempunyai elemen-elemen seperti kebolehan mempengaruhi rakan, mematuhi arahan ketua, memberi maklumbalas kepada ketua, bertanggungjawab terhadap pemimpin dan organisasi, melaksanakan program dan bertindak sebagai agen perubahan. Kajian juga mendapati matlamat pengikutan ahli bella adalah untuk memberi sumbangan ide, kemahiran, kepakaran, mematuhi dan mentaati pemimpin dan bersedia untuk menggantikan pemimpin.