Program latihan dan pembangunan : satu tinjauan di Fakulti Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Penyelidikan yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji pandangan kakitangan kumpulan sokongan kategori B, C dan D Fakulti Sains Kemanusiaan Dan Kemasyarakatan (FSKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),terhadap keberkesanan program latihan dan pembangunan yang telah direkabentuk da...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Wan Sulaiman, Wan Idros
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9056/1/FPP_1998_60%20IR.pdf
Description
Summary:Penyelidikan yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji pandangan kakitangan kumpulan sokongan kategori B, C dan D Fakulti Sains Kemanusiaan Dan Kemasyarakatan (FSKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),terhadap keberkesanan program latihan dan pembangunan yang telah direkabentuk dan dilaksanakan oleh pihak universiti dalam memantapkan pembangunan sumber manusia secara keseluruhan. Dalam konteks ini, pengkaji cuba menilai dan menganalisa keberkesanan program latihan dan pembangunan yang diamalkan di UKM dari tiga aspek utama iaitu aspek Perancangan, aspek Pengendalian dan terakhirnya aspek Penilaian program berdasarkan pandangan dan pendapat kakitangan kumpulan sokongan kategori B,C dan D sepertimana yang dinyatakan sebelumnya. Bagi mencapai objektif penyelidikan, kaedah soalselidik telah dijalankan ke atas 64 orang responden. Oleh kerana bilangan responden yang sedikit, maka persampelan tidak dilakukan dalam kajian ini, statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan min digunakan untuk membuat interpretasi pandangan responden terhadap aspek-aspek yang dikaji mengenai keberkesanan program latihan dan pembangunan yang telah diikuti.