Satu Kajian Kes Tentang Masalah Remaja Sekolah dan Kaitannya dengan Pencapaian Akademik

Kajian ini cuba meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh para remaja sekolah dan kaitannya dengan pencapaian akademik. Kajian ini juga cuba memastikan sama ada terdapat perbezaan masalah yang dihadapi berdasarkan jantina, bangsa dan status sosio-ekonomi. Kajian ini juga cuba mengenalpasti pola...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Noor, Noor Adiah
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9057/1/FPP_1998_61_A.pdf
Description
Summary:Kajian ini cuba meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh para remaja sekolah dan kaitannya dengan pencapaian akademik. Kajian ini juga cuba memastikan sama ada terdapat perbezaan masalah yang dihadapi berdasarkan jantina, bangsa dan status sosio-ekonomi. Kajian ini juga cuba mengenalpasti pola rujukan pembimbing kalangan remaja apabila mereka menghadapi masalah. Penyelidikan ini merupakan kajian kes terhadap 230 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Taman Selayang (1), Batu Caves, Selangor. Data dikumpulkan melalui soal selidik latar belakang pelajar, soal selidik pola rujukan pembimbing dan Senarai Semak Masalah Mooney. Kaedah statistik yang digunakan dalam analisis data ialah analisis frekuansi, min dan peratusan, ujian-t, ujian ANOVA, Ujian Post Hoc Multiple Comparison LSD, dan ujian korelasi Pearson. Untuk semua ujian statistik, nilai alpha yang digunakan ialah .05. Hasil kajian mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar remaja ialah masalah akademik dan kerjaya. Analisis ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan masalah yang dihadapi berdasarkan jantina. Analisis ujian ANOVA menunjukkan bahawa, pada keseluruhannya terdapat perbezaan yang signifikan masalah yang dihadapi berdasarkan bangsa dan status sosio-ekonomi. Analisis ujian Post Hoc Multiple Comparison LSD menjelaskan bahawa perbezaan min yang signifikan lebih ketara antara pelajar Melayu dengan pelajar Cina, pelajar Melayu dengan pelajar India dan pelajar status sosio-ekonomi tinggi dengan pelajar status sosio-ekonomi rendah. Analisis ujian korelasi Pearson menjelaskan pada keseluruhannya terdapat hubungan yang sederhana antara masalah yang dihadapi dengan pencapaian akademik. Akhir sekali hasil kajian ini juga menjelaskan bahawa rakan merupakan pembimbing utama bagi pelajar remaja apabila mereka menghadapi masalah.