Keperluan kompetensi pegawai di sebuah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi yang diperlukan oleh pegawai-pegawai di sebuah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Ia juga bertujuan untuk membandingkan kompetensi yang diperlukan berdasarkan latar belakang pegawai yang b...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abdul Malek, Khalijah
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9128/1/FPP_1999_19%20IR.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi yang diperlukan oleh pegawai-pegawai di sebuah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Ia juga bertujuan untuk membandingkan kompetensi yang diperlukan berdasarkan latar belakang pegawai yang berbeza iaitu umur, bidang pendidikan, tempoh pengalaman kerja, penempatan kerja dan jantina. Kajian juga dijalankan untuk melihat sama ada kompetensi pegawai masa kini mempunyai hubungan dengan tempoh pengaiaman kerja pegawai. Instrumen kajian (soal selidik) disedia berpandukan definisi kompetensi yang digunakan oleh Bowling Green State University' (Allen dan Nagy. 1995). Seramai 46 daripada 53 responden telah mengembalikan soal selidik yang diedarkan. Data dianalisis menggunakan 'Statisitical Package for Social Science' (SPSS) program. Kajian telah mengenal pasti 12 kelompok kompetensi dan 69 aktiviti kompetensi yang perlu dibangunkan untuk membolehkan pegawai PKNP memberikan sumbangan yang lebih berkesan di masa akan datang. Kelompok kompetensi yang perlu diberi keutamaan ialah penyelidikan dan pembangunan, pengurusan maklumat dan pengurusan kewangan.