Persepsi Peserta Terhadap Keberkesanan Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Anjuran Kemas di Kawasan Parlimen Merbok, Kedah Darulaman

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau persepsi peserta terhadap pendidikan non-formal Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) anjuran Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di kawasan Parlimen Merbok, Kedah Darulaman. Kajian ditumpukan kepada empat aspek program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS, ia...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Saidin, Maznah
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9139/1/FPP_1999_25_A.pdf
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau persepsi peserta terhadap pendidikan non-formal Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) anjuran Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di kawasan Parlimen Merbok, Kedah Darulaman. Kajian ditumpukan kepada empat aspek program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS, iaitu kepentingan kurikulum PKK KEMAS, strategi pengajaran, suasanan pembelajaran dan persepsi terhadap pemaju masyarakat. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data dari 16 buah kelas PKK KEMAS yang dipilih secara rawak untuk tujuan kajian ini. Borang soal selidik diedarkan kepada seramai 186 orang peserta wanita dan 100% telah dikembalikan. Seramai 47.3% responden berpersepsi bahawa program PKK KEMAS berkesan ke atas diri mereka. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang sederhana di antara pemboleh ubah persepsi peserta terhadap pemaju masyarakat, strategi pengajaran, dan kurikulum dengan keberkesanan program PKK. Perbezaan dari segi tahap pendidikan, lama masa menyertai kelas PKK dan pendapatan bulanan keluarga dapat dilihat ke atas pernyataan keberkesanan program. Kajian juga menunjukkan bahawa KEMAS perlu mempertingkatkan lagi mutu program tersebut, dengan mengadakan aktiviti-aktiviti PKK yang barn, kemudahan yang lebih baik, pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, serta pemaju masyarakat yang terlatih.