Kesediaan Guru Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dan tahap pengetahuan komputer di kalangan guru Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara kesediaan guru dengan pengetahuan komputer, pengalaman mengguna komputer, k...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Foong, Peck Lee
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9147/1/FPP_1999_33_A.pdf
Description
Summary:Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dan tahap pengetahuan komputer di kalangan guru Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara kesediaan guru dengan pengetahuan komputer, pengalaman mengguna komputer, kekerapan mengguna komputer dan umur responden kajian juga menentukan sama ada terdapat perbezaan kesediaan antara mereka yang pernah mengikuti kursus komputer dengan mereka yang tidak pernah, yang berbeza kelulusan akademik dan yang mengajar matapelajaran yang berbeza sampel kajian terdiri daripada 72 orang guru yang dipilih secara rawak dan empat buah sekolah menengah di negeri Selangor. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidikk dan dianalisis dengan menggunakan taburan frekuensi, peratusan, min, ujian korelasi Pearson, ujian-t dan Ujian ANOVA Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai tahap kesediaan yang sederhana tinggi terhadap penggunaan komputer walaupun demikian, tahap pengetahuan komputer responden adalah rendah hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden menggunakan komputer untuk pemprosesan perkataan sahaja Pengetahuan responden terhadap penggunaan perisian yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran adalah sangat lemah. Kesediaan guru terhadap penggunaan komputer didapati mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pengetahuan komputer dan pengalaman mengguna komputer. Kajian mendapati wujudnya hubungan yang positif tetapi tidak signifikan antara kesediaan guru dengan kekerapan mengguna komputer, pengalaman mengajar dan umur responden. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan guru dengan pengalaman menyertal kursus, kelulusan akademik dan matapelajaran yang diajar sebagal kesimpulan, kajian mendapati guru-guru tidak mempunyai pengetahuan komputer yang mencukupi untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran walaupun demikian, guru-guru didapati bersedia untuk menghadapi cabaran ini.