Kajian Tinjauan Program Maju Diri (PMD): Hubungan Antara Faktor Jantina Dan Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR 1998) Terhadap Pencapaian Motnasi Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak, Gombak Selangor Darul Ehsan
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan dan pencapaian motivasi dengan menggunakan modul Program Maju Diri (PMD) yang telah dibentuk oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Sasaran kajian, adalah dikalangan semua pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak,...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English Malay |
Published: |
1999
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9153/1/FPP_1999_40_A.pdf |
Summary: | Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan dan pencapaian
motivasi dengan menggunakan modul Program Maju Diri (PMD) yang telah
dibentuk oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Sasaran kajian, adalah
dikalangan semua pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Gombak, Gombak, Selangor. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah 'true
experimental' menggunakan rekabentuk pra ujian dan pasca ujian. Subjek kajian
terdiri daripada dua ratus tiga (203) orang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak yang telah mengikuti Program Maju Diri
pada bulan Januari 1999.
Subjek kajian di uji sebelum mengikuti program PMD dan di uji kembali setelah
mengikuti program PMD. Alat kajian yang digunakan ialah ukuran Pencapaian
Mehrabian (UPM) yang telah di uji kesahan dan memperlihatkan
kebolehpercayaannya. Data-data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan
kaedah pemeratusan, ujian t dua hala dan ANOVA satu hala. Keputusan kajian
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pra dan pasca skor ujian
pada aspek pencapaian motivasi pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seri
Gombak pada aras keertian 0.5. Ini menunjukkan bahawa Modul Program Maju
Diri (PMD) yang telah dikendalikan ke atas pelajar tingkatan empat di Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Gombak mempunyai pengaruh kepada peningkatan
pencapaian motivasi. Faktor extranus dan implikasi turut diperbincangkan. |
---|