Proses Peningkatan Kualiti dalam Pengajaran Melalui ISO 9000 di Universiti Putra Malaysia

Kajian ini bertujuan memahami proses peningkatan kualiti dalam pengajaran melalui ISO 9000. Selaras dengan dasar pengkorporatan universiti dan persaingan antara IPTA dengan IPTS yang semakin tinggi, UPM memerlukan proses pengajaran yang berkualiti. Universiti yang dianggap berkualiti akan menari...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Wah, Rosdi
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9161/1/FPP_1999_52_A.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan memahami proses peningkatan kualiti dalam pengajaran melalui ISO 9000. Selaras dengan dasar pengkorporatan universiti dan persaingan antara IPTA dengan IPTS yang semakin tinggi, UPM memerlukan proses pengajaran yang berkualiti. Universiti yang dianggap berkualiti akan menarik minat pelanggan dan dengan demikian peningkatan kualiti menjadi semakin penting. Melalui ISO 9000, UPM menjanjikan kepastian kualiti pengajaran kepada pelanggannya di mana perkhidmatan pengajaran yang diberikan olehnya memenuhi standard yang ditetapkan secara konsisten. Seramai 8 responden yang terlibat dalam pelaksanaan ISO 9000 di UPM telah dipilih. Temubual secara mendalam dengan setiap responden telah dijalankan. Setiap temubual memakan masa tidak kurang daripada satu jam. Semua temubual dirakamkan ke dalam pita rakaman dan kemudiannya dituliskan semula bagi memudahkan proses analisis data. Daripada kajian ini, kefahaman responden boleh dibahagikan kepada empat aspek iaitu (1) konsep kualiti pengajaran; (2) konsep ISO 9000 dalam peningkatan kualiti pengajaran; (3) proses peningkatan kualiti pengajaran dan proses pencapaian ISO 9000 dalam pengajaran; dan (4) cabaran dalam proses mempertingkatkan kualiti pengajaran melalui ISO 9000. Konsep kualiti pengajaran dilihat sebagai kejayaan melahirkan graduan yang cemerlang pada keseluruhannya, diterima dan dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada majikan. Dalam hal ini selain proses pemindahan ilmu, kualiti input pelajar juga memberi kesan terhadap melahirkan graduan yang cemerlang. Proses peningkatan kualiti melalui ISO 9000 memerlukan komitmen dan penglibatan tinggi semua pihak. ISO 9000 dilihat sebagai satu struktur asas untuk mencapai pengurusan kualiti yang lebih menyeluruh. Beberapa cabaran perlu diatasi dalam mencapai pengiktirafan ISO 9000. Antaranya kefahaman umum yang masih kabur, mendapatkan komitmen yang lebih mantap, memerlukan penilaian dan pemantauan yang lebih menyeluruh, dan sasaran pencapaian yang lebih realistik. Selain itu beberapa pembaharuan sistem kerja dan struktur organisasi juga perlu dilaksanakan. Peningkatan kualiti dalam pengajaran dilihat sebagai satu proses yang perlu dilaksanakan secara berterusan.