Hubungan Antara Gaya Kepimpinan dengan Tekanan Pengurusan di Kalangan Guru Besar di Daerah Kota Marudu, Sabah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara gaya kepimpinan dengan tekanan pengurusan di kalangan guru besar di daerah Kota Marudu, Sabah. Secara lebih terperinci, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti: (1) Ciri-ciri demografik guru besar; (2) Gaya kepimpinan guru besar; (3) Ta...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English Malay |
Published: |
1999
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9164/1/FPP_1999_56_A.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara gaya
kepimpinan dengan tekanan pengurusan di kalangan guru besar di daerah Kota
Marudu, Sabah. Secara lebih terperinci, kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti: (1) Ciri-ciri demografik guru besar; (2) Gaya kepimpinan guru besar;
(3) Tahap tekanan pengurusan di kalangan guru besar; (4) Hubungan antara
gaya kepimpinan dengan tekanan pengurusan.
Populasi kajian ialah guru-guru besar sekolah rendah di daerah Kota
Marudu. Seramai 26 orang daripada 28 orang guru besar telah terlibat sebagai
responden kajian ini. Data telah dikumpulkan dengan menggunakan
instrumentasi soal selidik dan analisis data telah dijalankan dengan
menggunakan perisian The Statistical Package for Social Science (SPSS).
Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif, min, sisihan piawai dan pekali
korelasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden lebih
cenderung ke arah gaya kepimpinan menyokong (69%) pada tahap tinggi.
Secara keseluruhan pula didapati tahap amalan gaya kepimpinan responden
berada pada tahap sederhana. Sementara itu, tekanan pengurusan pula
menunjukkan bahawa aspek pengurusan kemudahan mewujudkan tekanan
paling tinggi antara empat kategori tekanan yang ada dan berada pada tahap
tekanan tinggi. Tekanan pengurusan kategori pengurusan kemudahan
menyaksikan lebih separuh daripada responden berada pada tahap tinggi.
Bagaimanapun secara keseluruhannya tahap tekanan pengurusan yang dialami
oleh responden berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga
menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara tekanan pengurusan
kategori perhubungan sekolah dengan gaya kepimpinan mengarah. Begitu juga
kajian mendapati bahawa wujud hubungan yang signifikan antara tekanan
pengurusan kategori pengurusan kemudahan dengan gaya kepimpinan berserta.
Selain daripada itu terdapat juga hubungan yang signifikan antara tekanan
pengurusan kategori pentadbiran rutin dengan gaya kepimpinan berserta. |
---|