Pengurusan Latihan Dalaman Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Agama Negeri Sembilan Darul Khusus
Fenomena semasa menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian pendekatan dan kaedah pelaksanaan pengurusan latihan dalaman Bahasa Melayu (8M) di sekolah-sekolah. Kebanyakan pengetua mengunakan panduan yang disarankan oleh Pukal Latihan KBSM. Namun demi kian, wujud pengubahsuaian dan perbezaan dalam...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English Malay |
Published: |
1999
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9176/1/FPP_1999_69_A.pdf |
Summary: | Fenomena semasa menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian
pendekatan dan kaedah pelaksanaan pengurusan latihan dalaman
Bahasa Melayu (8M) di sekolah-sekolah. Kebanyakan pengetua
mengunakan panduan yang disarankan oleh Pukal Latihan KBSM.
Namun demi kian, wujud pengubahsuaian dan perbezaan dalam
menguruskan latihan dalaman. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui aspek-aspek tugas
pengurusan, tatacara dan tahap kefahaman pengetua Sekolah
Menengah Agama (SMA) mengendalikan latihan dalaman mengikut lima
dimensi pengurusan iaitu kesediaan, perancangan, latihan, implimentasi,
dan pemantapan. Kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada
pengetua lain dan sebagai plan tindakan yang wajar dilaksanakan oleh
pengetua untuk meningkatkan pengurusan latihan dalaman di SMA.
Kerangka Model Readiness, Planning, Training, Implimentation
and Maintanence (RPTIM) yang diutarakan oleh Wood F. H. (1982)
dimodefikasi kerana banyak persamaan dengan Pukal Latihan KBSM.
Semua pengetua dari tujuh buah SMA menjadi subjek dalam kajian ini
disebabkan mereka adalah pengurus sekolah yang bertanggungjawab
menggerakkan latihan dalaman. Instrumen kajian ini terdiri daripada satu
set soal selidik yang menggandungi tiga bahagian. |
---|