Pelaksanaan projek bandar rendah karbon di Bandar Baru Bangi, Selangor

Semasa Persidangan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP15) pada tahun 2009, Malaysia telah berikrar untuk mengurangkan pelepasan karbon negara sehingga 40% menjelang tahun 2020 berbanding 2005. Manakala, dalam Perjanjian Paris pada tahun 2015, ikrar tersebut telah diperbaharui kepada penguran...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Isa, Nor Kalsum, Mohd Ariffin, Noor Fazamimah, Mohd Yunos, Mohd Yazid, Akub, Abdul Hamid, Ibrahim, Mohd Hairy, Mohamad Zin, Siti Aisyah
Format: Article
Published: Global Academic Excellence 2021
Description
Summary:Semasa Persidangan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP15) pada tahun 2009, Malaysia telah berikrar untuk mengurangkan pelepasan karbon negara sehingga 40% menjelang tahun 2020 berbanding 2005. Manakala, dalam Perjanjian Paris pada tahun 2015, ikrar tersebut telah diperbaharui kepada pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45% menjelang tahun 2030. Justeru, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah melancarkan sebuah rangka kerja bandar rendah karbon yang dikenali sebagai 'Low Carbon Cities Framework and Assessment System' (LCCF) bagi merealisasikan ikrar tersebut. Berikutan pelancaran tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan supaya LCCF diguna pakai dalam perancangan dasar bandar di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor untuk menyumbang kepada pengurangan intensiti pelepasan karbon. Bandar Baru Bangi merupakan sebuah bandar di bawah pentadbiran PBT Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang melaksanakan projek LCCF untuk mencapai sasaran penurunan karbon sebanyak 45%,seterusnya muncul sebagai sebuah bandar rendah karbon yang mampan dan selesa didiami menjelang tahun 2035. Artikel ini membincangkan pengalaman pelaksanaan projek LCCF di bandar tersebut serta pencapaian penurunan karbon hasil daripada pelaksanaannya.