Summary: | Literasi digital dalam kalangan belia merupakan agenda penting yang diperlukan dalam agenda pembangunan negara seperti yang digariskan dalam Dasar Belia Malaysia 2015. Penglibatan pemimpin muda terutamanya pemimpin persatuan dan gerakan boleh diserlahkan menerusi pendedahan pengalaman yang meluas dan latihan profesional dalam pembangunan kepemimpinan termasuk literasi digital. Kertas konseptual ini membincangkan potensi
pembangunan ‘5C’ dalam Pembangunan Belia Positif (PYD) menerusi kaedah pementoran dalam keserakanan belia-dewasa (youth-adult partnership). Selain daripada pembangunan belia, kertas konsep ini akan menjelaskan bagaimana literasi digital dalam membangunkan PYD
dengan menyediakan peluang dan mendayaupayakan pemimpin pelajar untuk menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga, komuniti dan masyarakat.
|