Pengaruh blog pelancongan terhadap keinginan melancong
Industri pelancongan menyumbang kepada 56.5 billion pendapatan negara sekaligus menjadi industri kedua terbesar yang terpenting di Malaysia. Maka dengan itu, negara memerlukan belanja yang tinggi untuk mempromosikan Malaysia melalui pengiklanan di dalam media cetak dan media massa. Namun begitu kemu...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
USIM Press
2021
|
Summary: | Industri pelancongan menyumbang kepada 56.5 billion pendapatan negara sekaligus menjadi industri kedua terbesar yang terpenting di Malaysia. Maka dengan itu, negara memerlukan belanja yang tinggi untuk mempromosikan Malaysia melalui pengiklanan di dalam media cetak dan media massa. Namun begitu kemunculan media sosial seperti blog pelancongan khususnya yang semakin mendapat perhatian diperingkat global mampu dijadikan sebagai platform untuk mempromosikan destinasi pelancongan Malaysia disamping dapat mengurangkan kos pengiklanan. Blog pelancongan dilengkapi dengan pelbagai sumber maklumat pelancongan di tambah pula dengan ruangan diskusi menjadi rujukan yang penting kepada pelancong dalam mendapatkan pengalaman percutian yang sebenar. Blog pelancongan boleh dijadikan sebagai medium yang berkesan dan efisien dalam mempromosikan destinasi pelancongan sekiranya pemacu kepada blog pelancongan dan keinginan pembaca blog dikaji dan difahami. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi sejauhmana blog pelancongan (afektif, kognitif dan interaksi interpersonal dalam blog) berpotensi mempengaruhi keinginan pembaca untuk melancong ke sesebuah destinasi. Data yang diperolehi daripada 185 responden menggunakan tinjauan dalam talian (Online Survey). Hasil kajian menunjukkan faktor afektif, kognitif dan interaksi interpersonal ada kaitan yang signifikan dengan keinginan melancong. Bagaimana pun, faktor interaksi interpersonal merupakan peramal yang paling ketara mempengaruhi kecenderungan keinginan pembaca
blog pelancongan untuk melancong. |
---|