Kerangka kemodenan kesusasteraan Abdullah Munshi dalam syair pilihan

Kajian ini membincangkan kemodenan kesusasteraan dalam syair-syair Melayu berdasarkan kerangka Abdullah Munshi. Bertitik tolak dengan kedatangan kolonial British ke Alam Melayu sekitar abad ke-19 Masihi, masyarakat di rantau ini diperkenalkan dengan satu bentuk genre baharu dalam korpus kesusasteraa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hamdan, Rahimah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99340/1/RAHIMAH%20BINTI%20HAMDAN%20-%20IR.pdf
_version_ 1825938217628598272
author Hamdan, Rahimah
author_facet Hamdan, Rahimah
author_sort Hamdan, Rahimah
collection UPM
description Kajian ini membincangkan kemodenan kesusasteraan dalam syair-syair Melayu berdasarkan kerangka Abdullah Munshi. Bertitik tolak dengan kedatangan kolonial British ke Alam Melayu sekitar abad ke-19 Masihi, masyarakat di rantau ini diperkenalkan dengan satu bentuk genre baharu dalam korpus kesusasteraan mereka. Genre tersebut ialah autobiografi yang bersumberkan kemodenan sastera di Barat. Menerusi pengenalan genre baharu ini, penjajahan British dirasionalkan menerusi sumbangan keilmuan mereka kepada negeri-negeri jajahan khususnya Alam Melayu. Rentetan daripada itu, muncul Abdullah Munshi sebagai pemangkin gaya penulisan baharu dalam konvensi kesusasteraan Melayu. Penulisan yang menolak bentuk puisi dijadikan sandaran kepada penobatan Abdullah Munshi sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Namun, meneliti karya-karya awal beliau, didapati bentuk syair digunakan sebagai wahana pertama rakaman peristiwa realiti dan bukannya karya prosa yang diangkat oleh kemodenan sastera Barat. Dengan menggunakan analisis kandungan sebagai metodologi kajian, beberapa aktiviti dilakukan bagi mencapai objektif kajian. Aktiviti dimulai dengan mengenalpasti ciri-ciri kemodenan sastera Abdullah Munshi menerusi perspektif dua kelompok sarjana iaitu sebelum dan selepas merdeka sehingga kini. Aktiviti diteruskan dengan mengenalpasti makna realiti menurut perspektif masyarakat Melayu tradisional dan dihubungkan dengan penggolongan syair oleh beberapa sarjana mengikut tema tertentu berteraskan kepada konsep ‘kesedaran diri sastera’ oleh V.I.Braginsky. Ini membawa kepada dapatan kajian pertama iaitu pembinaan kerangka Kemodenan Sastera Abdullah Munshi berteraskan kepada konsep realisme dan individualisme. ‘Realisme’ merangkumi penekanan kepada logik dan penolakan kepada tahyul dan khurafat serta ‘individualisme’ mementingkan penekanan kepada pandangan individual dan penolakan kepada autoriti institusi. Seterusnya, klasifikasi syair berteraskan realiti mengikut tema berjaya diperolehi yang dianalisis menggunakan kerangka Kemodenan Sastera Abdullah Munshi. Dapatan kedua diperolehi iaitu lima syair pilihan menepati kerangka Kemodenan Sastera Abdullah Munshi yang diperjelaskan menerusi hubungan syair dengan khalayaknya, penaung kerja penulisan serta pengarangnya. Kesimpulannya, syair adalah bukti keintelektualan dan kegemilangan keilmuan Melayu yang terlebih dahulu mencapai kemodenan sastera sebelum pengenalan autobiografi oleh Barat dengan kebaharuan dalam kajian menerusi pembinaan Kerangka Kemodenan Sastera Rahimah-Arbaie.
first_indexed 2024-03-06T11:11:14Z
format Thesis
id upm.eprints-99340
institution Universiti Putra Malaysia
language English
last_indexed 2024-03-06T11:11:14Z
publishDate 2021
record_format dspace
spelling upm.eprints-993402023-04-03T07:06:46Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99340/ Kerangka kemodenan kesusasteraan Abdullah Munshi dalam syair pilihan Hamdan, Rahimah Kajian ini membincangkan kemodenan kesusasteraan dalam syair-syair Melayu berdasarkan kerangka Abdullah Munshi. Bertitik tolak dengan kedatangan kolonial British ke Alam Melayu sekitar abad ke-19 Masihi, masyarakat di rantau ini diperkenalkan dengan satu bentuk genre baharu dalam korpus kesusasteraan mereka. Genre tersebut ialah autobiografi yang bersumberkan kemodenan sastera di Barat. Menerusi pengenalan genre baharu ini, penjajahan British dirasionalkan menerusi sumbangan keilmuan mereka kepada negeri-negeri jajahan khususnya Alam Melayu. Rentetan daripada itu, muncul Abdullah Munshi sebagai pemangkin gaya penulisan baharu dalam konvensi kesusasteraan Melayu. Penulisan yang menolak bentuk puisi dijadikan sandaran kepada penobatan Abdullah Munshi sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Namun, meneliti karya-karya awal beliau, didapati bentuk syair digunakan sebagai wahana pertama rakaman peristiwa realiti dan bukannya karya prosa yang diangkat oleh kemodenan sastera Barat. Dengan menggunakan analisis kandungan sebagai metodologi kajian, beberapa aktiviti dilakukan bagi mencapai objektif kajian. Aktiviti dimulai dengan mengenalpasti ciri-ciri kemodenan sastera Abdullah Munshi menerusi perspektif dua kelompok sarjana iaitu sebelum dan selepas merdeka sehingga kini. Aktiviti diteruskan dengan mengenalpasti makna realiti menurut perspektif masyarakat Melayu tradisional dan dihubungkan dengan penggolongan syair oleh beberapa sarjana mengikut tema tertentu berteraskan kepada konsep ‘kesedaran diri sastera’ oleh V.I.Braginsky. Ini membawa kepada dapatan kajian pertama iaitu pembinaan kerangka Kemodenan Sastera Abdullah Munshi berteraskan kepada konsep realisme dan individualisme. ‘Realisme’ merangkumi penekanan kepada logik dan penolakan kepada tahyul dan khurafat serta ‘individualisme’ mementingkan penekanan kepada pandangan individual dan penolakan kepada autoriti institusi. Seterusnya, klasifikasi syair berteraskan realiti mengikut tema berjaya diperolehi yang dianalisis menggunakan kerangka Kemodenan Sastera Abdullah Munshi. Dapatan kedua diperolehi iaitu lima syair pilihan menepati kerangka Kemodenan Sastera Abdullah Munshi yang diperjelaskan menerusi hubungan syair dengan khalayaknya, penaung kerja penulisan serta pengarangnya. Kesimpulannya, syair adalah bukti keintelektualan dan kegemilangan keilmuan Melayu yang terlebih dahulu mencapai kemodenan sastera sebelum pengenalan autobiografi oleh Barat dengan kebaharuan dalam kajian menerusi pembinaan Kerangka Kemodenan Sastera Rahimah-Arbaie. 2021-02 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99340/1/RAHIMAH%20BINTI%20HAMDAN%20-%20IR.pdf Hamdan, Rahimah (2021) Kerangka kemodenan kesusasteraan Abdullah Munshi dalam syair pilihan. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Abdullah Abdul Kadir, Munshi, 1796-1854 - Criticism and interpretation. Malay literature - 1796-1854
spellingShingle Abdullah Abdul Kadir, Munshi, 1796-1854 - Criticism and interpretation.
Malay literature - 1796-1854
Hamdan, Rahimah
Kerangka kemodenan kesusasteraan Abdullah Munshi dalam syair pilihan
title Kerangka kemodenan kesusasteraan Abdullah Munshi dalam syair pilihan
title_full Kerangka kemodenan kesusasteraan Abdullah Munshi dalam syair pilihan
title_fullStr Kerangka kemodenan kesusasteraan Abdullah Munshi dalam syair pilihan
title_full_unstemmed Kerangka kemodenan kesusasteraan Abdullah Munshi dalam syair pilihan
title_short Kerangka kemodenan kesusasteraan Abdullah Munshi dalam syair pilihan
title_sort kerangka kemodenan kesusasteraan abdullah munshi dalam syair pilihan
topic Abdullah Abdul Kadir, Munshi, 1796-1854 - Criticism and interpretation.
Malay literature - 1796-1854
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99340/1/RAHIMAH%20BINTI%20HAMDAN%20-%20IR.pdf
work_keys_str_mv AT hamdanrahimah kerangkakemodenankesusasteraanabdullahmunshidalamsyairpilihan