Penguasaan pelajar terhadap ciri intrinsik istilah kejuruteraan Bahasa Melayu berdasarkan teori terminologi sosiokognitif

Pembentukan istilah bahasa Melayu merupakan satu proses keintelektualan untuk memperkaya perbendaharaan kata dalam pelbagai bidang ilmu. Bahasa Melayu mengalami evolusi dari segi kosa kata melalui pembentukan istilah dan menjadi pemangkin kepada perkembangan istilah bahasa Melayu hingga kini dalam b...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abdul Malek, Noorul Khairien
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99651/1/NOORUL%20KHAIRIEN%20BINTI%20ABDUL%20-%20IR.pdf
_version_ 1825938275980804096
author Abdul Malek, Noorul Khairien
author_facet Abdul Malek, Noorul Khairien
author_sort Abdul Malek, Noorul Khairien
collection UPM
description Pembentukan istilah bahasa Melayu merupakan satu proses keintelektualan untuk memperkaya perbendaharaan kata dalam pelbagai bidang ilmu. Bahasa Melayu mengalami evolusi dari segi kosa kata melalui pembentukan istilah dan menjadi pemangkin kepada perkembangan istilah bahasa Melayu hingga kini dalam bidang kejuruteraan. Kebanyakan istilah kejuruteraan bahasa Melayu dibentuk menggunakan kaedah penyerapan dengan penyesuaian ejaan, penyerapan tanpa perubahan ejaan dan penterjemahan secara langsung daripada bahasa sumber. Namun begitu, pelajar didapati tidak menguasai istilah kejuruteraan bahasa Melayu yang digunakan dalam mata pelajaran kejuruteraan. Pelajar juga kurang peka akan ciri intrinsik sesuatu istilah dan menyebabkan pelajar sekadar menghafal istilah tersebut. Faktor kurangnya pengetahuan sedia ada tentang istilah kejuruteraan bahasa Melayu menyebabkan tafsiran pelajar terhadap istilah tersebut kurang tepat. Selain itu, penerbitan istilah dalam bentuk daftar kata, iaitu padanan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu tanpa huraian istilah, didapati tidak berupaya merangsang kognitif pelajar untuk membuat tafsiran terhadap ciri intrinsik sesuatu istilah kejuruteraan. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti penguasaan istilah kejuruteraan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Objektif kedua pula adalah untuk menganalisis penguasaan pelajar terhadap ciri intrinsik istilah kejuruteraan bahasa Melayu. Seterusnya, objektif ketiga adalah untuk merumuskan perkaitan antara penguasaan pelajar terhadap istilah dengan penguasaan ciri intrinsik istilah kejuruteraan bahasa Melayu pelajar, berlandaskan Teori Terminologi Sosiokognitif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menjurus kepada kajian kes melalui kaedah temu bual dan kaedah pemerhatian. Selain itu, kajian ini turut menggunakan ujian Pengecaman Istilah Kejuruteraan Bahasa Melayu dan ujian Penguasaan Ciri Intrinsik Istilah Kejuruteraan Bahasa Melayu untuk mendapatkan data yang komprehensif secara triangulasi. Pensampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini yang melibatkan enam pelajar tingkatan empat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Data dianalisis secara deskriptif berdasarkan pengkategorian data temu bual melalui perisian Atlas.ti8, data ujian dan borang senarai semak pemerhatian. Analisis kajian menunjukkan bahawa pelajar menguasai istilah kejuruteraan bahasa Melayu melalui kaedah pembentukan terjemahan secara langsung yang ciri intrinsiknya menggambarkan konsep istilah dalam bahasa Melayu. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa mekanisme yang diimplementasikan oleh pelajar untuk menguasai istilah kejuruteraan bahasa Melayu adalah dengan memahami konsep istilah, memahami ciri intrinsik istilah, pengalaman pelajar dengan istilah, imaginasi dan visualisasi objek yang mewakili istilah. Seterusnya, faktor yang mempengaruhi penguasaan pelajar terhadap istilah dan ciri intrinsik istilah kejuruteraan bahasa Melayu ialah penggunaan bahasa kebangsaan, persekitaran, pengalaman, komunikasi, pendidikan dan media massa. Dapatan berkaitan dengan mekanisme dan faktor dalam kajian ini berhubung kait dengan potensi kognitif dalam terminologi bidang bahasa khusus dan variasi terminologi yang digariskan dalam Teori Terminologi Sosiokognitif. Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam mata pelajaran kejuruteraan dapat merangsang kognitif pelajar melalui visualisasi dan imaginasi serta dapat membantu pelajar menguasai istilah kejuruteraan bahasa Melayu melalui ciri intrinsik istilah tersebut.
first_indexed 2024-03-06T11:12:08Z
format Thesis
id upm.eprints-99651
institution Universiti Putra Malaysia
language English
last_indexed 2024-03-06T11:12:08Z
publishDate 2021
record_format dspace
spelling upm.eprints-996512023-04-04T07:25:00Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99651/ Penguasaan pelajar terhadap ciri intrinsik istilah kejuruteraan Bahasa Melayu berdasarkan teori terminologi sosiokognitif Abdul Malek, Noorul Khairien Pembentukan istilah bahasa Melayu merupakan satu proses keintelektualan untuk memperkaya perbendaharaan kata dalam pelbagai bidang ilmu. Bahasa Melayu mengalami evolusi dari segi kosa kata melalui pembentukan istilah dan menjadi pemangkin kepada perkembangan istilah bahasa Melayu hingga kini dalam bidang kejuruteraan. Kebanyakan istilah kejuruteraan bahasa Melayu dibentuk menggunakan kaedah penyerapan dengan penyesuaian ejaan, penyerapan tanpa perubahan ejaan dan penterjemahan secara langsung daripada bahasa sumber. Namun begitu, pelajar didapati tidak menguasai istilah kejuruteraan bahasa Melayu yang digunakan dalam mata pelajaran kejuruteraan. Pelajar juga kurang peka akan ciri intrinsik sesuatu istilah dan menyebabkan pelajar sekadar menghafal istilah tersebut. Faktor kurangnya pengetahuan sedia ada tentang istilah kejuruteraan bahasa Melayu menyebabkan tafsiran pelajar terhadap istilah tersebut kurang tepat. Selain itu, penerbitan istilah dalam bentuk daftar kata, iaitu padanan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu tanpa huraian istilah, didapati tidak berupaya merangsang kognitif pelajar untuk membuat tafsiran terhadap ciri intrinsik sesuatu istilah kejuruteraan. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti penguasaan istilah kejuruteraan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Objektif kedua pula adalah untuk menganalisis penguasaan pelajar terhadap ciri intrinsik istilah kejuruteraan bahasa Melayu. Seterusnya, objektif ketiga adalah untuk merumuskan perkaitan antara penguasaan pelajar terhadap istilah dengan penguasaan ciri intrinsik istilah kejuruteraan bahasa Melayu pelajar, berlandaskan Teori Terminologi Sosiokognitif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menjurus kepada kajian kes melalui kaedah temu bual dan kaedah pemerhatian. Selain itu, kajian ini turut menggunakan ujian Pengecaman Istilah Kejuruteraan Bahasa Melayu dan ujian Penguasaan Ciri Intrinsik Istilah Kejuruteraan Bahasa Melayu untuk mendapatkan data yang komprehensif secara triangulasi. Pensampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini yang melibatkan enam pelajar tingkatan empat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Data dianalisis secara deskriptif berdasarkan pengkategorian data temu bual melalui perisian Atlas.ti8, data ujian dan borang senarai semak pemerhatian. Analisis kajian menunjukkan bahawa pelajar menguasai istilah kejuruteraan bahasa Melayu melalui kaedah pembentukan terjemahan secara langsung yang ciri intrinsiknya menggambarkan konsep istilah dalam bahasa Melayu. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa mekanisme yang diimplementasikan oleh pelajar untuk menguasai istilah kejuruteraan bahasa Melayu adalah dengan memahami konsep istilah, memahami ciri intrinsik istilah, pengalaman pelajar dengan istilah, imaginasi dan visualisasi objek yang mewakili istilah. Seterusnya, faktor yang mempengaruhi penguasaan pelajar terhadap istilah dan ciri intrinsik istilah kejuruteraan bahasa Melayu ialah penggunaan bahasa kebangsaan, persekitaran, pengalaman, komunikasi, pendidikan dan media massa. Dapatan berkaitan dengan mekanisme dan faktor dalam kajian ini berhubung kait dengan potensi kognitif dalam terminologi bidang bahasa khusus dan variasi terminologi yang digariskan dalam Teori Terminologi Sosiokognitif. Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam mata pelajaran kejuruteraan dapat merangsang kognitif pelajar melalui visualisasi dan imaginasi serta dapat membantu pelajar menguasai istilah kejuruteraan bahasa Melayu melalui ciri intrinsik istilah tersebut. 2021-07 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99651/1/NOORUL%20KHAIRIEN%20BINTI%20ABDUL%20-%20IR.pdf Abdul Malek, Noorul Khairien (2021) Penguasaan pelajar terhadap ciri intrinsik istilah kejuruteraan Bahasa Melayu berdasarkan teori terminologi sosiokognitif. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay language - Vocabulary Intrinsic factor (Physiology)
spellingShingle Malay language - Vocabulary
Intrinsic factor (Physiology)
Abdul Malek, Noorul Khairien
Penguasaan pelajar terhadap ciri intrinsik istilah kejuruteraan Bahasa Melayu berdasarkan teori terminologi sosiokognitif
title Penguasaan pelajar terhadap ciri intrinsik istilah kejuruteraan Bahasa Melayu berdasarkan teori terminologi sosiokognitif
title_full Penguasaan pelajar terhadap ciri intrinsik istilah kejuruteraan Bahasa Melayu berdasarkan teori terminologi sosiokognitif
title_fullStr Penguasaan pelajar terhadap ciri intrinsik istilah kejuruteraan Bahasa Melayu berdasarkan teori terminologi sosiokognitif
title_full_unstemmed Penguasaan pelajar terhadap ciri intrinsik istilah kejuruteraan Bahasa Melayu berdasarkan teori terminologi sosiokognitif
title_short Penguasaan pelajar terhadap ciri intrinsik istilah kejuruteraan Bahasa Melayu berdasarkan teori terminologi sosiokognitif
title_sort penguasaan pelajar terhadap ciri intrinsik istilah kejuruteraan bahasa melayu berdasarkan teori terminologi sosiokognitif
topic Malay language - Vocabulary
Intrinsic factor (Physiology)
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99651/1/NOORUL%20KHAIRIEN%20BINTI%20ABDUL%20-%20IR.pdf
work_keys_str_mv AT abdulmaleknoorulkhairien penguasaanpelajarterhadapciriintrinsikistilahkejuruteraanbahasamelayuberdasarkanteoriterminologisosiokognitif