Pemuliharaan Warisan Seni Bina Melayu Dan Islam Pulau Pinang.

Dalam aspek pelancongan warisan, Pulau Pinang memang terkenal dengan produk pelancongan yang berteraskan sejarah, keindahan alam semulajadi dan juga seni bina bersejarah. Malah, terdapat beberapa buah bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanda kepada Pulau Mutiara ini samada bangunan warisan seni...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, A Ghafar
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/31282/1/Pemuliharaan_Warisan_Seni_Bina_Melayu_dan_Islam_Pulau_Pinang.pdf
Description
Summary:Dalam aspek pelancongan warisan, Pulau Pinang memang terkenal dengan produk pelancongan yang berteraskan sejarah, keindahan alam semulajadi dan juga seni bina bersejarah. Malah, terdapat beberapa buah bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanda kepada Pulau Mutiara ini samada bangunan warisan seni bina kolonial, Cina, Melayu mahupun seni bina Islam. Namun begitu, jika dibandingkan dengan warisan seni bina kolonial dan Cina, warisan seni bina Melayu dan Islam kurang mendapat perhatian umum terutamanya untuk tujuan pelancongan warisan dan pemuliharaan bangunan.Hakikatnya, warisan seni bina Melayu dan Islam Pulau Pinang menampilkan pelbagai jenis bangunan yang unik termasuk (a) rumah tradisional Melayu kampung yang biasanya terletak di kawasan desa dan di pinggir sungail/laut (b) rumah tradisional Melayu bandar dan juga (c) bangunan masjid, surau dan madrasah yang mempunyai rekabentuk berunsurkan tradisional atau kolonial. Warisan seni bina Melayu dan Islam Pulau Pinang kini masih terus dikekalkan di beberapa lokasi termasuk Batu Uban, Balik Pulau, Jelutong, Tanjung Tokong, Georgetown, Sungai Juru, Sungai Bakap, Sungai Acheh dan Bukit Mertajam.