Summary: | Kajian ini berbentuk eksploritari dan deskriptif dalam usaha untuk memahami interaksi
pelajar dengan koswer Bahasa lnggeris sekolah bestari serta membangunkan autonomi
pelajar dan meningkatan pencapaian Bahasa Inggeris mereka. Kajian ini dibahagikan
kepada tiga fasa: Andaian, Amalan dan Cabaran. Dalam fasa amalan, latihan kepada
pelajar merupakan fasa penting dalam kajian ini. Bimbingan untuk mendapatkan,
menggunakan dan menilai pembelajaran kendiri semasa menggunakan koswer Bahasa
lnggeris sekolah bestari amat penting kepada kajian ini. Pelajar dilatih untuk
menggunakan strategi kognitif dan metakognitif dalam pengalaman pembelajaran
mereka. Mereka menjalankan penulisan jurnal, aktiviti-aktiviti penilaian kendiri dan
membuat refleksi tentang soalan-soalan tertentu yang dikemukakan oleh pengkaji
semasa menggunakan koswer Bahasa Inggeris ini. Kajian ini adalah berdasarkan ciriciri
inkuiri yang mendalam, penglibatan diri secara keseluruhan, penekanan terhadap
konteks dan pemahaman konsep penggunaan koswer berdasarkan perspektif pelajar.
Dalam strategi ini, portfolio digunakan sebagai satu mekanisme untuk memantau
kemajuan dalam mencapai autonomi dan meningkatkan pencapaian Bahasa lnggeris
kerana portfolio dapat memperlihatkan proses pembelajaran pelajar dan dalam masa
yang sama mengukur kemajuan pelajar sepanjang kajian ini.
This research is exploratory and descriptive in nature seeking to understand how the
interaction of students with the smart school English Language courseware could foster
learner autonomy and consequently improved their achievement in English. The study is
mainly divided into 3 phases: Assumptions, Practice and Challenges. In the Practice
Stage, learner training is an important phase of the study. Guidance to retrieve, use and
evaluate students' own learning in using the smart school English Language courseware
is integral to the research. Students are guided to use cognitive and metacognitive
strategies in their learning experiences. They carry out journal writing, self-evaluation
activities and reflections on certain questions raised by the researcher while working
with the English Language courseware. This research is based on these characteristics:
in-depth inquiry, immersion in setting, emphasis on context and concepts with
participants' perspectives. The portfolio is used as a mechanism to monitor progress
both in the capacity to become autonomous and the achievement of English since it
could demonstrate student learning and at the same time, measure the students' progress
throughout the study.
|