Aktiviti Kesedaran Kecekapan Tenaga Dan Audit Tenaga

Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga DiPerbaharui (TD) dan Kecekapan Tenaga (KT) CETREE, Universiti Sains Malaysia berperanan untuk meningkatkan kesedaran umum masyarakat di Malaysia terhadap ciri-ciri sosial komuniti yang positif berkenaan Kecekapan Tenaga. Ciri-ciri sosial yang posi...

ver descrição completa

Detalhes bibliográficos
Autor principal: CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
Formato: Artigo
Idioma:English
Publicado em: 2012
Assuntos:
Acesso em linha:http://eprints.usm.my/32890/1/Aktiviti_Kesedaran_Kecekapan_Tenaga_Dan_Audit_Tenaga.pdf
Descrição
Resumo:Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga DiPerbaharui (TD) dan Kecekapan Tenaga (KT) CETREE, Universiti Sains Malaysia berperanan untuk meningkatkan kesedaran umum masyarakat di Malaysia terhadap ciri-ciri sosial komuniti yang positif berkenaan Kecekapan Tenaga. Ciri-ciri sosial yang positif akan memupuk sesuatu komuniti mengaplikasikan amalan Kecekapan Tenaga dalam kehidupan seharian. Isu Kecekapan Tenaga adalah sangat penting bagi membantu kerajaan dalam usaha bagi mendidik komuniti tersebut menggunakan sumber tenaga seminima yang mungkin. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan bagi menjimatkan penggunaan bahan api (minyak,gas dan arang batu) yang semakin susut bekalannya di Malaysia. Malahan pula,bagi mewujudkan satu mekanisma pemindahan ilmu dan komunikasi yang strategik, maka tumpuan yang disasarkan ialah pelajar dan kakitangan Institut pendidikan Guru Wilayah Utara untuk memahami dan memberi sokongan terhadap perancangan negara, program-program pendidikan, latihan dan kesedaran tentang Kecekapan Tenaga adalah amat diperlukan. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk menyemai tabiat menggunakan tenaga secara bijaksana dan berkesan. Program-program yang akan dilaksanakan di tiga buah Institut Pendidikan Guru iaitu Kampus Perlis, Kampus Darulaman dan Kampus Temenggong Ibrahim selama 1 tahun secara berperingkat-peringkat. Objektif Utama program ini adalah untuk menyemai amalan baik tentang penggunaan tenaga dengan cekap di kalangan guru dan kakitangan Institut Pendidikan Guru Wilayah Utara.