Summary: | PUTRAJAYA, 22 JANUARI 2017 – Bengkel Postmortem dan Pemurnian Kertas Konsep Karnival
Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan dengan jayanya. Bengkel
berlangsung pada 19– 21 Januari 2017 bertempat di Hotel Dorsett, Presint 3, Putrajaya. Bengkel
ini dihadiri oleh penggubal kertas konsep, pegawaipegawai
Jabatan Pendidikan Negeri seluruh
negara, pegawai daripada Yayasan Hijau Malaysia dan pegawai daripada Bahagian Kokurikulum
dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bengkel ini dirancang untuk menghimpunkan semua pihak yang terlibat di dalam Karnival Inovasi
Teknologi Hijau (KITH) 2016 sama ada daripada kalangan penggubal pertandingan, kalangan
teknikal dan juga hakim bagi menilai dan melihat semula beberapa kekurangan dan kelebihan
daripada semua pertandingan yang telah diadakan tahun 2016 di Cinta Sayang Resort, Sungai
Petani, Kedah. Antara pertandingan yang telah diadakan adalah seperti Rekacipta Inovasi
Teknologi Hijau, Inovasi Tenaga Biojisim, Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau, Green Cooker
Challenge, Solar Vehicle Challenge dan Xplorace & Kuiz Teknologi Hijau. Objektif utama bengkel
adalah membincangkan isuisu
berkaitan sepanjang pelaksanaan KITH 2016, membincangkan
penambahbaikan kertas konsep KITH 2016 dan persediaan untuk pelaksanaan KITH tahun
2017. Bengkel ini, diserikan lagi dengan kehadiran Puan Rozainum Binti Ahmad, Pengarah
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memberi ucapan
aluan dan hala tuju kerjasama berkenaan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum yang
melibatkan pelajarpelajar
sekolah di seluruh negara.
|