Summary: | PAGOH, 7 Mac 2015– Karnival YaHijau Pagoh yang bertemakan Membudayakan Amalan Hijau
bertempat di Kompleks Sukan pagoh, Muar berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran kirakira
hampir 3,000 orang pengunjung. Pelbagai generasi dan bangsa yang hadir bagi
memeriahkankan lagi suasana karnival tersebut. Karnival diserikan lagi dengan kehadiran
Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin bagi
melancarkan karnival tersebut dan penubuhan sukarelawan Green Brigade. Sukarelawan Green
Brigade adalah inisiatif YaHijau untuk menggalakkan penglibatan menyeluruh golongan belia
khususnya pelajar yang akan diberi pengetahuan untuk mengaplikasikan amalan hidup hijau
dalam aktiviti harian mereka.
Dalam ucapannya, beliau mahu setiap lapisan masyarakat supaya lebih peka tentang
tanggungjawab bersama bagi meningkatkan kelestarian alam sekitar dan sumber semula jadi.
Beliau berkata, walaupun kerajaan sentiasa memberi penjelasan dan bantuan sewajarnya
kepada rakyat dan masyarakat mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar tetapi apa yang
lebih penting agar mereka sendiri menyedarinya. Selain itu juga, beliau turut menyatakan
bahawa Antara sumber/bahan semula jadi yang perlu kita hargai dan jaga sepenuhnya adalah
air, tenaga elektrik dan udara bersih.
YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan berkata, masyarakat perlu
mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan air dan elektrik khususnya berdisiplin
dalam menjadualkan penggunaan sumbersumber.
Turut hadir ialah Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus
Johnity Ongkili, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri DiRaja Mahdzir
Khalid, YB Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan
Industri, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Datuk Loo Took Gee,
Excoexco
Kerajaan Negeri Johor, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Hijau Malaysia, Kelly Ang
Lay Chieng, Pengarah CETREE & GT, Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dan Ahliahli
Dewan
Undangan Negeri Johor serta Ketuaketua
Masyarakat Tempatan.
Pelbagai aktiviti menarik antaranya kiosk pameran barangan berasaskan teknologi hijau & eko,
senamrobik zumba, pertukaran lampu jimat tenaga secara percuma, larian hijau sejauh 5km,
ecotreasure
hunt, demonstrasi kenderaan elektrik dan mesra alam, program kitar semula
barang terpakai, pertandingan mewarna untuk kanakkanak,
pertandingan futsal serta sukan
rakyat. Di akhir majlis berkenaan, para tetamu kehormat dibawa melawat booth pameran
pesertapeserta
Kem Teknologi Hijau peringkat Negeri Johor 2015 yang disertai oleh pelajar –
pelajar disekitar daerah yang terdapat di negeri Johor serta agensiagensi,
Jabatan/Agensi Johor serta syarikatsyarikat
teknologi hijau yang mempamerkan pameran produk dan
perkhidmatan teknologi hijau.
|