Summary: | PUTRAJAYA, 2 Jun 2016 - Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga &
Teknologi Hijau (CETREE>) dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian
Pendidikan malaysia telah mengadakan satu bengkel taklimat berkaitan Kecekapan Tenaga dan
Teknologi Hijau bertempat di di Hotel Dorsett, Putrajaya. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah
untuk memberi penerangan serta pendedahan awal berkaitan pengenalan tentang Teknologi Hijau
dalam kehidupan seharian kepada semua pegawai BPK agar dapat diimplementasikan dalam sektor
pendidikan di Malaysia.
Bengkel yang berlangsung selama sehari, telah mendapat Maklumbalas positif yang diterima daripada
peserta – peserta amat menggalakkan dan berharap usaha murni serta kerjasama bersama CETREE>
dapat dicapai dengan jayanya. Antara pengisian bengkel yang telah dirancang berjalan dengan jayanya
dibahagikan kepada beberapa sesi. Ia seperti ucapan aluan berkaitan objektif bengkel yang dijalankan
daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia, En. Amin Abdullah, taklimat berkaitan
kerjasama BPK dengan CETREE> daripada Ketua Sektor Sains dan Matematik Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Dr Rusilawati Othman, taklimat berkaitan tenaga lestari dan Teknologi Hijau
daripada Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu, Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dan diakhir sesi bengkel ini,
daripada Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu, Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dan diakhir sesi bengkel ini,
para tetamu jemputan dan peserta bengkel ini dijemput meluangkan masa untuk melawat Unit Pameran
Bergerak Teknologi Hijau CETREE>.
Bengkel yang telah dijalankan ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Tenaga (TKSU), Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Yang Berbahagia Datin Badriyah Ab.
Malek serta dihadiri oleh Timbalan Pengarah Hiliran, Seksyen Tenaga, Unit Perancangan Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri, Yang Berusaha Dr Mohd Shaharin Haji Umar sebagai tetamu jemputan khas
pada hari bengkel tersebut berlangsung.
|