Summary: | MINDEN, Januari 2016 – Kunjungan hormat pertama Ketua Pegawai Eksekutif YaHijau, Encik Amin
Abdullah ke CETREE> tahun 2016. Kerjasama yang terjalin bermula tahun 2015 diantara YaHijau
dengan CETREE> berkaitan memperkenalkan pendidikan dan kesedaran berkaitan Teknologi Hijau
kepada seluruh pelajarpelajar
di negara Malaysia sekali lagi berterusan sehingga kini. YaHijau adalah
agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang berperanan dalam mempromosi dan
meningkatkan penyertaan badan korporat, masyarakat dan orang awam terhadap teknologi dan amalan
hidup hijau.
Tahun 2016, Universiti Sains Malaysia (USM) bekerjasama erat dengan Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau)
bagi mewujudkan kesedaran aplikasi hijau dalam kalangan pelajarpelajar
sekolah menengah di seluruh
negara.
Projek yang dikenali sebagai Pembangunan Ilmu, lmplementasi dan Aktiviti Kesedaran Teknologi Hijau
Merentasi Kurikulum dan Kokurikulum bagi Pemantapan Pendidikan Lestari itu dilaksanakan bersama
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
(CETREE>) serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Di samping itu juga, Encik Amin Abdullah turut membuat lawatan ke Pejabat Naib Canselor serta bertemu
bersama Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia bagi sesi lawatan
rasmi dan melawat pejabat operasi CETREE> serta Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau sepanjang
seharian berada diperkarangan Universiti Sains Malaysia.
|