Summary: | Pulau Pinang, 10 Jun Naib
Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Dr. Omar Osman mengajak semua
staf untuk membantu Universiti bagi memastikan semua proses kerja yang dilaksanakan tidak melibatkan kos yang
berlebihan.
“Universiti membelanjakan sebanyak RM45 juta setahun untuk membayar kos penggunaan elektrik bagi ketigatiga
kampus. Ini bermakna, secara anggaran setiap seorang staf menggunakan elektrik berjumlah RM4.00 sehari,” kata
Omar.
Dengan statistik ini, semua staf diseru untuk berjimat cermat dan jangan berlebihlebihan
di dalam perbelanjaan.
Beliau berkata demikian di dalam ucapan sempena perhimpunan bulanan yang diadakan di sini hari ini.
Hal ini juga dibangkitkan oleh Pengarah Pusat Pendidikan & Latihan Tenaga Diperbaharui & Kecekapan Tenaga
(CETREE), Prof. Dr. Haslan Abu Hassan. Beliau menyeru supaya setiap staf memiliki sifat kepunyaan (ownership)
terhadap Universiti, tempat mencari rezeki yang halal.
Dengan ini, sikap ikhlas dan bertanggungjawab adalah pengurusan yang terbaik selain mengamalkan strategi lautan
biru dengan menghapuskan birokrasi, meningkatkan keupayaan dan mencipta peluang.
“Di CETREE misalnya, semua staf bukan pegawai pun dilatih supaya mampu berkomunikasi dan berhubung terus
dengan ‘paymaster’ dan membina jaringan dengan orang luar,” kata Haslan.
Terkini
|