Summary: | GELUGOR, 17 Mac 2017Panitia
Sains Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang, Lunas Kedah
telah menjalankan lawatan kembara ilmu murid tahun 6 ke Pulau Pinang yang melibatkan tiga
orang guru pengiring dan 42 orang murid tahun enam sekolah tersebut. Satu daripada tentatif
program lawatan ke Universiti Sains Malaysia adalah dengan mengadakan lawatan ke CETREE.
Puan Wan Nur Haslina Wan Mazuki, Guru Sains Sek. Keb. Sungai Seluang selaku guru
pengiring lawatan ketika ditemu bual berkata “lawatan sambil belajar ini bertujuan memberi
pendedahan kepada muridmurid
tentang CETREE dan memberi sedikit pengetahuan serta
pengalaman kepada muridmurid
tentang suasana kampus di USM”.
Unit Pameran Bergerak CETREE | Lawatan SK Sungai Seluang
Balqis Abdul Rahman, murid tahun enam Sek. Keb. Sungai Seluang ketika ditemu bual berkata
“melalui lawatan sambil belajar ke CETREE pelbagai ilmu mengenai alam sekitar, Teknologi
Hijau dan Kecekapan Tenaga telah dapat dipelajari dan difahami”. Pelbagai aktiviti telah
dijalankan semasa lawatan tersebut iaitu, taklimat berkaitan CETREE oleh Profesor Madya Dr.
Hashimah Mohd Yunus, Timbalan Pengarah CETREE dan diakhiri dengan lawatan ke Unit
Pameran Bergerak CETREE.
|