Summary: | PULAU PINANG, 31 JANUARI 2012 - Hampir setiap semester, Universiti Sains Malaysia merupakan pilihan pelajarpelajar
daripada antarabangsa bagi menuntut ilmu dan menambah pengetahuan dalam pelbagai aspek antaranya
pelbagai jurusan subjek yang diminati, peradaban yang baik, berbilang bangsa, keharmonian kawasan belajar dan
selamat dari ancaman musuh. Selain itu juga, Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak terkecuali dan terkenal di
seluruh dunia merupakan negara yang mempunyai bilangan pelajar antarabangsa yang agak ramai.
Universiti Sains Malaysia merupakan salah satu destinasi pelajar antarabangsa yang diminati di seluruh dunia. Ini kerana
terdapat kriteria-kriteria yang membanggakan dan diiktiraf jurusan serta graduannya di seluruh dunia. International
Economic And Commercial Science Student Association (AIESEC) merupakan hasil usahasama diantara pelajar
Universiti Sains Malaysia dan Universiti antarabangsa dalam menjalankan program pertukaran pelajar mengikut
kepakaran-kepakaran yang ada bagi projek Students Knowledge Transfer Programme (SKTP) dalam jurusan Teknologi
Hijau. CETREE merupakan tempat pilihan yang tepat dan mudah bagi melaksanakan aktiviti kesedaran dan kempen
berkaitan Teknologi Hijau.
“Pelbagai maklumat serta pendedahan yang boleh didapati dan diberikan oleh CETREE apabila ada pelajar
antarabangsa yang berminat ” kata Ketua Sekretariat/Pengurus Tugas CETREE, Tuan Hj. Badrol Hisham Mohd Nowani.
Katanya lagi, Unit Pameran Bergerak merupakan unit yang memperkenalkan konsep Teknologi Hijau yang diaplikasikan
pada kenderaan bergerak (Van dan Bas Teknologi Hijau). Selain itu juga, Unit Pameran Bergerak CETREE berperanan
penting memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai betapa pentingnya Teknologi Hijau kepada masyarakat
pada masa kini.
|