Summary: | Pulau Pinang, 19 JANUARI 2012- Teknologi Hijau merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian rakyat di
Malaysia mahupun antarabangsa. Tidak terkecuali Negara Taiwan merupakan Negara yang maju dan pesat penuh
dengan pelbagai teknologi-teknologi moden bagi membangunkan sesebuah negara yang mundur dan mempunyai
bilangan penduduk yang semakin meningkat. Oleh hal yang sedemikian, Universiti Mingdao, Taiwan mengambil
langkah drastik dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dalam mengatur dan membuat satu program lawatan kerja
mengenai halatuju serta dua pandangan universiti mengenai Teknologi Hijau.
Delegasi lawatan kerja ini melibatkan Majlis Perbandaran Seberanag Perai (MPSP) dan Universiti Mingdao, Taiwan.
Universiti Sains Malaysia diketuai oleh Timbalan Naib Canselor, Bahagian Jaringan & Industri, Prof. Dato' Susie See
Ching Mey manakala Canselor bagi Universiti Mingdao, Da-Yung Wang. Lawatan kerja bermula dengan kunjungan ke
CETREE dan mendengar taklimat ringkas oleh Pegawai Penyelidik CETREE, Mohd Sukri Shafie berkaitan perjalanan
CETREE sehingga kini ke arah menyampai dan memberikan kesedaran berkaitan Teknologi Hijau kepada seluruh rakyat
Malaysia. “ CETREE merupakan salah satu agensi yang memainkan peranan penting dalam memberi ilmu dan
kesedaran Teknologi Hijau didalam kampus Universiti Sains Malaysia serta seluruh Malaysia ” kata Timbalan Naib
Canselor, Bahagian Jaringan & Industri, Prof. Dato' Susie See Ching Mey kepada semua delegasi yang hadir.
Setelah hampir separuh hari berbincang dan bertukar-tukar pendapat dan ilmu berkaitan Teknologi Hijau delegasi
dibawa untuk melawat Unit Pameran Bergerak (Van Teknologi Hijau) bagi memperlihatkan bukti serta merupakan ia
sebagai model ataupun ikon kepada Universiti Sains Malaysia yang menjalankan penyelidikan serta kesedaran
berkaitan Teknologi Hijau di Negara ini.
Pelbagai kiosk Teknologi Hijau dipertontonkan kepada delegasi yang hadir. Antaranya delegasi turut teruja dengan
keunikkan Unit Pameran Bergerak CETREE (Van Teknologi Hijau) yang menggunakan 100% bahan api minyak masak
terpakai dan kuasa tenaga solar sebagai sumber alternative bagi menjanakan arus elektrik yang digunakan. Pasukan
Unit Pameran Bergerak CETREE diketuai oleh En. Mohd Firdaus Kamis dan dibantu oleh sekretariat En. Syafiq Saifullah
Azmi, En. Mohd Nizam Md Saad, Muhammad Akmal Bin Hazan, Muhamad Syabil Saad, Faizul Jusoff, Muhammad
Syafiq Jasmi, Muhamad Badrul Hisham Ali Anuar, Muhamad Zamree Zulkipli, Izzat Noordin, Syarmina
Samsam@Samson dan Shafiqah Azhar sebagai fasilitator yang membantu memberi penerangan mengenai Van
Teknologi Hijau serta menjayakan aktiviti-aktiviti kepada delegasi yang hadir.
|