Summary: | MINDEN, 8 Ogos 2016 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan
Teknologi Hijau (CETREE>) dikunjungi oleh delegasi pegawai-pegawai daripada Pejabat Pendidikan
Daerah Jasin, Melaka (PPDJ). Kunjungan tersebut merupakan lawatan kerja bagi pegawai PPDJ yang
diketuai oleh Hjh. Noora Abu Bakar, Penolong PPDJ (Unit Bahasa) dan 40 orang pegawai PPDJ yang
mewakili unit masing–masing di dalam jabatan.
Objektif utama lawatan tersebut bertujuan untuk memahami dan mengetahui peranan CETREE>
dalam menggalakkan Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar-pelajar dan seluruh masyarakat di
Malaysia. Selain itu, lawatan tersebut, dapat memperkaya pengalaman dan ilmu pengetahuan mereka
mengenai Tenaga yang Tidak Boleh Baharu dan Tenaga Boleh Baharu serta Kecekapan Tenaga bagi
penggunaan lestari dalam persekitaran di Malaysia. 2 slot pengisian program telah ditetapkan
sepanjang lawatan tersebut.
Antaranya sesi taklimat serta sesi soal jawab bersama Pengarah CETREE>, Profesor Madya Dr.
Mohd. Wira Mohd. Shafiei berkaitan halatuju CETREE> dan diikuti dengan lawatan ke Unit Pameran
Bergerak Teknologi Hijau CETREE>. Maklumbalas positif yang diterima daripada pegawai-pegawai
PPDJ amat menggalakkan dan berharap usaha murni serta kerjasama bersama CETREE> dapat
dicapai pada masa akan datang.
|