Summary: | SUNGAI PETANI, 17 Mac 2017 Program
Go Green gotongroyong
Perdana anjuran Institut
Perguruan Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) telah berlangsung pada 12 Mac hingga 16
Mac 2017 dengan kerjasama empat Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa SIG13Kelestarian
Persekitaran, Jawatankuasa EKSAIPG
Lestari, Jawatankuasa Budaya Institut dan
Jawatankuasa Kafeteria. Program yang telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Hashim Asman, Pengarah
IPGKSAH itu melibatkan semua pensyarah, pelajar dan staf sokongan IPGKSAH.
Puan Noraimi Abdul Rahman, Penyelaras SIG13 ketika ditemu bual berkata “Program ini
bertujuan memberi kesedaran kepada warga IPGKSAH tentang kelestarian dan kepentingan
menghargai alam sekitar serta memberi kesedaran wujudnya agensi seperti CETREE yang turut
sama memainkan peranan ke arah kelestarian alam sekitar”.
PROGRAM GO GREEN IPGKSAH 2017
Dr. Azman Jusoh, Timbalan Pengarah IPGKSAH telah merasmikan Majlis Penutupan Program
tersebut pada 16 Mac 2017. Semasa majlis penutupan berlangsung, CETREE telah dijemput
bagi mengadakan pelbagai aktiviti seperti ceramah berkaitan kesedaran Teknologi Hijau,
demonstrasi kioskkiosk
Teknologi Hijau, edaran risalahrisalah
berkaitan Kecekapan Tenaga dan
lawatan ke Unit Pameran Bergerak turut dijalankan.
|