Summary: | SIK, 15 Jun 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Kedah adalah merupakan salah sebuah Sekolah
Menengah yang terpilih di dalam Program Pemindahan Ilmu (KTP) iaitu Program Kecekapan Tenaga bagi
Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Kedah.
Program ini merupakan Program Kecekapan Tenaga yang melibatkan 22 buah sekolah menengah
terpilih di negeri Kedah. Program ini adalah bertujuan untuk pemantapan budaya dengan cekap tenaga
yang lestari di dalam sekolah tersebut. Lanjutan daripada program ini, pihak Sekolah Menengah
Kebangsaan Sik, Kedah merupakan sekolah yang kedua telah menjemput Pusat Pendidikan dan Latihan
Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE>) bagi mengadakan
ceramah dan pameran yang berkaitan Program Kecekapan Tenaga.Antaranya adalah demonstrasi Unit
Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE>, ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga serta
pelancaran gimik oleh pelajar sekolah terhadap kesedaran berkaitan cekap tenaga. Pengisian program
dan jemputan pameran yang telah dirancang berjalan dengan jayanya.
Program yang telah dijalankan ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah CETREE> iaitu Profesor
Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengurus Operasi & Strategik CETREE>, Tuan Hj. Badrol
Hisham Mohd Nowani dan diiringi bersama oleh Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Hj.
Ahmad Ismail bagi merasmikan program tersebut.
|