Summary: | Melaka - Perasmian Program Kelestarian atau Cekap Tenaga, SMK Ghaffar Baba bagi tahun 2015 telah di adakan pada
26 Januari 2015 bertempat di Dataran Warga SMK Ghaffar Baba.
Program yang julung kali diadakan telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd. Wira Mohd. Shafiei yang merupakan
ketua projek/Timbalan Pengarah CETREE. Acara tersebut telah dihadiri oleh semua guru dan pelajar sekolah tersebut.
Program Kecekapan Tenaga ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan tenaga lebih cekap di kalangan warga
sekolah SMKGB.
Bagi menjayakan program kelestarian ini, pelbagai aktiviti kesedaran telah dirangka seperti audit tenaga mudah, poster
cekap tenaga, buku skrap, kuiz cekap tenaga dan perkongsian maklumat.
|