Summary: | Definisi
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan
alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau
merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
Ia meminimumkan degrasi persekitaran;
Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;
Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Dasar Teknologi Hijau Negara
Kenyataan Dasar
Teknologi Hijau sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara ke arah pembangunan yang mapan
Empat Tonggak Dasar Teknologi Hijau Negara
Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga;
Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar;
Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi dan
Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Dasar Teknologi Hijau Negara merangkumi unsur ekonomi, alam sekitar dan sosial seperti yang digariskan oleh lima (5)
objektif yang berikut :
Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan
pembangunan ekonomi;
Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada
ekonomi negara;
Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing
dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;
Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan
meluas Teknologi Hijau.
Matlamat kebangsaan mengenai Dasar Teknologi Hijau adalah untuk menyediakan hala tuju dan motivasi untuk rakyat
Malaysia terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan persekitaran yang sihat.
Kemajuan yang signifikasikan dan peningkatan utama dalam empat (4) sektor utama yang berikut :
Sektor Tenaga:
Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk
penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan
Sektor Penggunaan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program
pengurusan permintaan tenaga.
Sektor Bangunan:
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan.
Sektor Air dan Pengurusan Sisa:
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan
kawasan pelupusan sampah.
Sektor Pengangkutan:
Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan
pengangkutan jalan awam.
|