Summary: | Tumpuan rencana ialah cara gaya pengajaran pembelajaran. Sifat, lunas dan andaian cara gaya
pengajaran dan pembelajaran dikupas. Beberapa contoh cara gaya tersebut di kalangan guru dan murid
dibentangkan. Pendekatan-pendekatan stail kognitif, trait dan personaliti, cara gaya kehidupan, pemprosesan maklumat, persepsi dan taraf perkembangan intelek dikesan sebagai asas konsep cara gaya
pengajaran dan pembelajaran.
Masalah yang diketengahkan adalah berkenaan dengan persoalan memadan atau tidak memadan
stail pengajaran dan stail pembelajaran. Kebaikan dan keburukan memadan atau tidak, dihuraikan.
|