Kesan Pendekatan Inkuiri Penemuan Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kimia (The Effect Of Inquiry Discovery Approach Towards Student Achievement In The Subject Of Chemistry)

Tujuan kajian dijalankan ialah untuk mengkaji kesan pengajaran secara pendekatan inkuiri penemuan (PIP) dalam pengajaran dan pembelajaran kimia berbanding pengajaran secara pendekatan konvensional (PK). Kesan pengajaran secara PIP difokuskan kepada pencapaian dan sikap terhadap mata pelajaran dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nik Kar, Nik Zarini, Saleh, Salmiza
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34609/1/apjee27_2012_ART_10_%28159-175%29.pdf
Description
Summary:Tujuan kajian dijalankan ialah untuk mengkaji kesan pengajaran secara pendekatan inkuiri penemuan (PIP) dalam pengajaran dan pembelajaran kimia berbanding pengajaran secara pendekatan konvensional (PK). Kesan pengajaran secara PIP difokuskan kepada pencapaian dan sikap terhadap mata pelajaran dan pembelajaran kimia. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan kuantitatif jenis kuasi eksperimen yang melibatkan 81 murid jurusan kimia. Instrumen yang digunakan adalah Ujian Kefahaman Kimia (UKK) dan Soal Selidik Sikap terhadap mata pelajaran kimia. Seramai 40 murid daripada satu kelas dijadikan kumpulan rawatan yang mengikuti pengajaran kimia secara PIP dan 41 murid daripada satu kelas lagi dijadikan kumpulan kawalan yang mengikuti pengajaran kimia secara PK. Data dianalisis menggunakan program SPSS. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif menggunakan kekerapan dan peratus bagi menghuraikan sampel kajian manakala statistik inferensi menggunakan Ujian-t bagi menguji hipotesis pada aras signifikan p < 0.05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap markah pencapaian pelajar dalam kimia dan sikap pelajar terhadap pelajaran kimia di antara kedua-dua pendekatan selepas pengajaran dijalankan. Kajian ini menunjukkan bahawa PIP berupaya meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran kimia dan merangsang sikap positif murid terhadap mata pelajaran kimia.