Jenis Amaran Dan Faktor Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Sabah (Types Of Warning And Truancy Factors Among Secondary School Students In Sabah)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ponteng sekolah berdasarkan surat amaran, penentu utama ponteng sekolah dan hubungan ponteng sekolah dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah harian di Daerah Keningau, Sabah. Seramai 252 pelajar yang terdiri daripada 124 (49%) lelaki dan 1...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Veloo, Arsaythamby, Ng , Chooi Kim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34758/1/Art_8%28125-140%29_.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ponteng sekolah berdasarkan surat amaran, penentu utama ponteng sekolah dan hubungan ponteng sekolah dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah harian di Daerah Keningau, Sabah. Seramai 252 pelajar yang terdiri daripada 124 (49%) lelaki dan 128 (51%) perempuan yang menerima surat amaran pertama (3–10 hari), kedua (11–20 hari) dan ketiga (> 20 hari) secara berkala. Alat ukur ponteng sekolah diubah suai daripada Ng (2005) yang telah membuat pengubahsuaian daripada Panduan Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1994). Soal selidik asal terdiri daripada 40 item, tetapi hasil daripada kajian rintis, hanya 39 item sahaja digunakan. Dapatan kajian ini menunjukkan 206 (81.7%) orang pelajar yang ponteng sekolah berada pada amaran 1 (3–10 hari) diikuti dengan amaran 2 (11–20 hari) yang terdiri daripada 34 (13.5%) orang pelajar dan amaran 3 (> 20 hari) seramai 12 (4.8%) orang. Hasil kajian menunjukkan faktor penentu utama ponteng sekolah ialah diri pelajar, diikuti dengan sekolah dan keluarga. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan antara faktor keluarga dengan ponteng sekolah, namun tidak terdapat hubungan antara faktor sekolah, diri pelajar dan rakan sebaya dengan ponteng sekolah. Faktor-faktor seperti lambat bangun, sakit tanpa surat pengesahan doktor, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran, bosan dengan suasana sekolah yang tidak menarik, takut kepada guru disiplin yang garang dan masalah pengangkutan merupakan punca utama ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Implikasi kajian ini berharap dapat membantu pihak sekolah, ibu bapa, pejabat pelajaran daerah dan Kementerian Pelajaran Malaysia merangka strategi dalam berusaha menangani masalah ponteng dalam kalangan pelajar sekolah negara ini.