Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Apabila Mengurus Tingkah Laku Murid Bermasalah Pembelajaran (Special Education Teacher's Level Of Knowledge In Dealing With Learning Disabilities Student)

Kajian tinjauan telah dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan guru pendidikan khas apabila mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran. Seramai 60 orang peserta kajian dipilih menerusi persampelan rawak mudah dalam kalangan guru pendidikan khas yang mengajar di Program Pend...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad , Noor Aini, Abu Hanifah, Norhafizah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34767/1/APJEE_30_Art_5_%2873-88%29.pdf
Description
Summary:Kajian tinjauan telah dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan guru pendidikan khas apabila mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran. Seramai 60 orang peserta kajian dipilih menerusi persampelan rawak mudah dalam kalangan guru pendidikan khas yang mengajar di Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) peringkat sekolah rendah. Alat kajian merupakan soal selidik yang mengandungi item-item berkaitan demografi peserta kajian dan tahap pengetahuan guru pendidikan khas apabila mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru apabila mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran adalah tinggi dengan min keseluruhan 4.194. Tahap pengetahuan guru dibahagikan kepada tiga iaitu cara mengurus tingkah laku (min = 4.237), peneguhan positif (min = 4.366) dan peneguhan negatif (min = 3.966). Bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran guru untuk mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran apabila mengajar maka penataran kursus dalam perkhidmatan, pembinaan modul dan mengadakan bengkel berkaitan pengurusan tingkah laku dalam kalangan guru pendidikan khas wajar diberi perhatian oleh pihak berwajib.