Implikasi Dan Hubungan Pendidikan Tinggi Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengukur implikasi pendidikan tinggi terhadap pertumbuhan ekonomi dan melihat hubungan di antara pendidikan tinggi dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Data siri masa yang digunakan mulai tahun 1980 sehingga 2012 merangkumi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), modal, bur...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Haron, Aainaa Amirah
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/37608/1/sspis_2015_ms303_-_313.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengukur implikasi pendidikan tinggi terhadap pertumbuhan ekonomi dan melihat hubungan di antara pendidikan tinggi dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Data siri masa yang digunakan mulai tahun 1980 sehingga 2012 merangkumi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), modal, buruh berpendidikan tinggi dan enrolmen pendidikan tinggi didapati daripada Bank Dunia dan Jabatan Statistik Malaysia. Untuk mengukur implikasi pendidikan tinggi terhadap pertumbuhan ekonomi, analisis regresi linear berganda (OLS) digunakan manakala hubungan di antara pendidikan tinggi dengan pertumbuhan ekonomi diukur menggunakan sebab penyebab Granger. Dapatan keseluruhan menyokong wujudnya hubungan positif antara pemboleh ubah pendidikan tinggi dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Kesimpulannya, kerajaan perlu meningkatkan pelaburan di dalam pendidikan tinggi bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.