Summary: | Kedudukan Pulau Pinang sebagai pusat perdagangan yang penting sejak
abad ke-18 turut membuka laluan kepada perkembangan dalam aspek sosial di negeri itu. Masyarakat pelbagai kaum hadir dengan amalan sosiobudaya
masing-masing dan berlumba-lumba mencari "ruang" untuk menempatkan diri
dalam kumpulan yang lebih besar. Masyarakat Melayu tidak terkecuali dalam
persaingan ini. Namun, agak menarik, tanpa kehadiran sultan sebagai kuasa
tertinggi agama sebagaimana negeri-negeri Melayu lain, masyarakat Melayu
di negeri itu mempunyai banyak ruang untuk membentuk acuan dan identiti
mereka yang tersendiri, termasuk dalam hal-hal pendidikan.
|