Simbolisme Dalam Seni Pertukangan Perahu Tradisional Melayu Di Pantai Timur

Masyarakat di Pantai Timur sangat kaya dengan seni tampak dan seni persembahan yang diwarisi sejak zaman berzaman. Seni ini juga didapati mempunyai persamaan di tiga buah negeri yang berbeza walau pun terdapat jurang perbezaan geografi. Persamaan ini boleh didapati dalam dialek, bahasa, persembahan,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Wahab, Mohd Rohaizat, Nik Rahman, Nik Hassan Shuhaimi, Ramli , Zuliskandar
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/38772/1/FULL_PAPER_025.pdf
Description
Summary:Masyarakat di Pantai Timur sangat kaya dengan seni tampak dan seni persembahan yang diwarisi sejak zaman berzaman. Seni ini juga didapati mempunyai persamaan di tiga buah negeri yang berbeza walau pun terdapat jurang perbezaan geografi. Persamaan ini boleh didapati dalam dialek, bahasa, persembahan, binaan dan artifak warisan silam. Kemahiran pertukangan Melayu juga dikuasai oleh masyarakat Melayu di Pantai Timur dan ia juga dihasilkan dengan penuh seni dan bergaya. Artifak seperti perahu, rumah dan perabot masih lagi dapat dilihat sehingga sekarang dan mempunyai nilai seni yang tinggi. Kertas ini bertujuan untuk memaparkan simbol-simbol yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu pada seni pertukangan perahu. Seni ini dapat dilihat pada ukiran dan lukisan yang dihasilkan pada perahu tradisional Melayu di Pantai Timur. Kesenian ini yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan dan keindahan malah ia mempunyai perlambangan dan simbolik yang tersendiri. Seni perhiasan yang dihasilkan ini menunjukkan bahawa 3 perkara utama perlu ada dalam kesenian Melayu iaitu fungsi, estetika dan etika. Kepercayaan tentang adanya kuasa ghaib yang memelihara dan menjaga keselamatan mereka di laut dan keupayaan mereka mendapatkan sumber pendapatan daripada hasil laut mendasari penghasilan kesenian perhiasan perahu ini