MANIFESTASI ALAM DALAM FALSAFAH, DIAGNOSIS DAN RAWATAN PENYAKIT BERDASARKAN PERUBATAN AYURVEDA DAN TRADISIONAL MELAYU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

Manusia dan alam merupakan konsep yang penting dalam pandangan semesta masyarakat tradisional.Konsep ini dapat dilihat dalam pandangan semesta dan kosmologi yang membincangkan persoalan mengenai asal usul kewujudan manusia dan alam semesta, elemen-elemen alam serta manifestasinya dalam perubatan tra...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Yusoff, Wan Faizah Wan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/39395/1/MANIFESTASI_ALAM_DALAM_FALSAFAH%2C_DIAGNOSIS_DAN_RAWATAN_PENYAKIT_AYURVEDA_DAN_PERUBATAN_MELAYU.pdf
Description
Summary:Manusia dan alam merupakan konsep yang penting dalam pandangan semesta masyarakat tradisional.Konsep ini dapat dilihat dalam pandangan semesta dan kosmologi yang membincangkan persoalan mengenai asal usul kewujudan manusia dan alam semesta, elemen-elemen alam serta manifestasinya dalam perubatan tradisional masyarakat. Dalam konteks perubatan tradisional seperti Ayurveda dan perubatan tradisional Melayu, manifestasi alam ini bukan hanya dapat dilihat dalam falsafah perubatan tetapi juga diagnosis serta rawatan yang diberikan terhadap penyakit. Perbincangan kertas kerja ini memfokuskan konsepsi masyarakat terhadap elemen-elemen alam sama ada yang bersifat fizikal ataupun sebaliknya serta manifestasi pemahaman tersebut terhadap falsafah perubatan mereka.Antara konsep yang akan dibincangkan ialah elemen-elemen alam seperti tanah, air, api, udara dan ether atau lebih dikenali sebagai ruang yang bukan hanya penting dalam konteks komposisi alam tetapi juga badan manusia berdasarkan perubatan Ayurveda. Kajian dilakukan melalui tinjauan bahan bacaan dan temubual dengan pengamal perubatan Ayurveda dan tradisional Melayu. Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang agak ketara dalam kaedah diagnosis dan rawatan perubatan Ayurveda yang memfokuskan kepada ciri-ciri dan tanda-tanda fizikal berbanding perubatan tradisional Melayu yang turut memuatkan elemen lain seperti raksi, ramalan, tahun kelahiran dan sebagainya di samping ciri-ciri dan tanda-tanda fizikal bagi tujuan diagnosis dan rawatan penyakit.