Aspek Rekabentuk Fizikal Dan Simbolik Panggung Persembahan Wayang Kulit Kelantan

Wayang kulit adalah satu persembahan tradisional masyarakat Melayu Kelantan. Persembahan wayang kulit Melayu Kelantan merupakan medium hiburan utama masyarakat Melayu tradisional hingga mencapai kemuncak penerimaannya pada awal tahun 60-an. Hal ini menjadikan persembahan wayang kulit Melayu Kelantan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Amirul, Azrul Azizi, Bahauddin, Azizi, Shafii, A.S Hardy
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/39455/1/PAPER_37.pdf
Description
Summary:Wayang kulit adalah satu persembahan tradisional masyarakat Melayu Kelantan. Persembahan wayang kulit Melayu Kelantan merupakan medium hiburan utama masyarakat Melayu tradisional hingga mencapai kemuncak penerimaannya pada awal tahun 60-an. Hal ini menjadikan persembahan wayang kulit Melayu Kelantan mempunyai interpretasi kepercayaan dan nilai budaya masyarakat dalam setiap aspek persembahannya. Aspek rekabentuk sesebuah pementasan wayang kulit Melayu Kelantan ini terdiri daripada panggung dan peralatannya merangkumi cahaya, kelir, patung, dalang dan muzik. Rekabentuk sesebuah panggung wayang kulit Kelantan juga mempunyai nilai kepercayaan dan budaya masyarakat dalam setiap aspek daripada proses mendirikan panggung hinggalah setelah persembahan selesai. Pembinaan panggung ini melibatkan aspek fizikal yang melibatkan ukuran dan bahan binaan tertentu manakala aspek simbolik memaparkan hubungan bentuk binaan, upacara dan pantang-larang tertentu dengan sistem kepercayaan masyarakat terhadap agama Islam. Namun, seiring dengan perubahan zaman, wayang kulit Melayu Kelantan semakin terpinggir dengan pelbagai desakan moden.