Gaia: | Kemajuan teknologi komunikasi pada hari ini telah banyak mendatangkan kemudahan kepada para penggunanya untuk berkomunikasi dan berinteraksi di antara satu sama lain. Kebayakkan daripada penggunanya gemar menggunakan media sosial seperti Facebook sebagai medium utama menyalurkan sesuatu maklumat. Sejak akhir-akhir ini, fenomena penghasilan dan perkongsian maklumat berbentuk ‘Meme’ menjadi semakin popular dan telah menjadi trend bagi kebanyakkan pengguna di internet sama ada menerusi laman sosial, blog dan sebagainya. Kehadiran meme yang dihasilkan telah dikongsi dan diviralkan oleh kebanyakkan netizen. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi melihat impak daripada penghasilan meme terhadap sosiobudaya dan politik di Malaysia. Kajian ini telah menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kritis (Critikal Discourse Analysis) oleh Fairclough (1985). Hasil kajian mendapati bahawa kehadiran meme dilihat sebagai suatu medium untuk meluahkan perasaan serta rasa hati terhadap sesuatu perkara. Perdebatan mengenai sesuatu isu telah merancakkan lagi penghasilan meme dan wacana awam sehingga turut melibatkan ahli politik dan pemerintah dalam sesebuah negara. Kajian ini adalah penting bagi melihat kesan penghasilan sesebuah meme dalam masyarakat di Malaysia selain mengenal pasti keberkesanan saluran meme dalam menyampaikan sesuatu isu ataupun perkara yang dirasakan menarik dan sangat penting untuk diperbincangkan
|