Penilaian Bahasa Visual Terhadap Faktor Penglibatan Pembaca Komik Melayu

Komik menyampaikan maklumat yang disampaikan melalui penghayatan visual dalam masa yang efisien dan tidak terperangkap dalam persekitaran yang kaku, Pembaca mula terpengaruh dengan isi kandungan komik tanpa mereka sedari dan secara kognitifnya hayut dalam imaginasi mereka.Kajian ini membincangkan pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Md Saleh, Mohd Aswari, Dolah, Jasni
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/39469/1/PAPER_51.pdf
Description
Summary:Komik menyampaikan maklumat yang disampaikan melalui penghayatan visual dalam masa yang efisien dan tidak terperangkap dalam persekitaran yang kaku, Pembaca mula terpengaruh dengan isi kandungan komik tanpa mereka sedari dan secara kognitifnya hayut dalam imaginasi mereka.Kajian ini membincangkan peranan bahasa visual terhadap faktor penglibatan terhadap nilai-nilai moral dan keganasan dalam komik. Kajian ini mengunakan analisis pengaruh media dalam menilai elemen bahasa visual terhadap penglibatan remaja berkait isu-isu moral dan keganasan dalam komik tempatan. Penilaian ini berdasarkan pengaruh media visual dalam membina persepsi minda remaja. Komik-komik berbahasa melayu menjadi subjek dalam penilaian literasi bahasa visual berdasarkan kepada kepada faktor penumpuan dan persepsi visual komik. Kajian ini ingin melihat impak bahasa visual terhadap kefahaman dan ekpresiasi dalam memahami isu moral dan keganasan berdasarkan analisis teori kognitif sosial. Dalam pembacaan komik, setiap penceritaan disampaikan melalui sistem bahasa visual komik yang berkait dengan kajian linguistik. Bahasa visual merupakan satu sistem atau konsep literasi yang berkait dengan kognitif manusia.