KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA, ALAM DAN PENCIPTA DALAM PERUBATAN MELAYU

Pandangan semesta yang berkait rapat dengan fahaman dan kepercayaan merupakan antara elemen yang penting dalam usaha memahami pemikiran dan tingkahlaku sesebuah masyarakat. . Pandangan atau persepsi tersebut turut mempengaruhi sistem perubatan lokal masyarakat Melayu.Kajian terhadap kaedah dan tekni...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Yusoff, Wan Faizah Wan
Other Authors: Abdul Rahman, Mohd Kipli
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/39484/1/ABSTRAK_KEHARMONIAN_ANTARA_MANUSIA%252c_ALAM_DAN_PENCIPTA.pdf
Description
Summary:Pandangan semesta yang berkait rapat dengan fahaman dan kepercayaan merupakan antara elemen yang penting dalam usaha memahami pemikiran dan tingkahlaku sesebuah masyarakat. . Pandangan atau persepsi tersebut turut mempengaruhi sistem perubatan lokal masyarakat Melayu.Kajian terhadap kaedah dan teknik perubatan Melayu menunjukkan penekanan kepada keseimbangan antara elemen sejuk dan panas serta keharmonian dengan alam, manusia and Tuhan melalui gabungan sumber alam seperti akar kayu, flora dan fauna yang disesuaikan dengan keadaan fizikal manusia serta disusuli doa, ayat-ayat al-Quran mahupun zikir. Ciri-ciri perubatan yang melibatkan gabungan antara sains dan agama ini memperlihatkan kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam menggabungkan elemen-elemen alam dan kepercayaan bagi tujuan penyembuhan dan pencegahan penyakit. Perubatan Melayu tradisional yang memperlihatkan kekuatan intelektual masyarakat ini memberikan sumbangan yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu dan mampu meletakkan perubatan Melayu sebaris dengan sistem perubatan lain yang kini telah diiktiraf sebagai perubatan berbentuk holistik. Justeru, kajian secara menyeluruh perlu dilakukan bagi mengkaji aspek-aspek lain berkaitan perubatan Melayu agar ia dapat dijadikan sebagai rujukan ilmiah dan sumber yang mampu dihargai oleh generasi akan datang.