Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Papan Pelbagai Sentuh Untuk Pembelajaran Sains Tahun Tiga
Penyelidikan ini dijalankan untuk meningkatkan minat serta pemahaman murid Tahun Tiga dalam mata pelajaran sains melalui penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan teknologi papan pelbagai sentuh di sekolah rendah di Pulau Pinang. Temubual telah dijalankan di beberapa buah sekolah rendah di se...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/39549/1/PAPER_87.pdf |
Summary: | Penyelidikan ini dijalankan untuk meningkatkan minat serta pemahaman murid Tahun Tiga dalam mata pelajaran sains melalui penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan teknologi papan pelbagai sentuh di sekolah rendah di Pulau Pinang. Temubual telah dijalankan di beberapa buah sekolah rendah di sekitar Pulau Pinang iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu dan Sekolah Kebangsaan Teluk Kumbar dan didapati bahawa kebanyakan guru yang mengajar mata pelajaran Sains Tahun Tiga tidak pernah menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) di dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran, tetapi hanya menggunakan buku teks sahaja. Keputusan temubual terhadap beberapa orang murid Tahun Tiga di sekolah-sekolah tersebut mendapati bahawa mereka lebih berminat untuk belajar mata pelajaran sains dengan menggunakan teknologi dan alatan terkini yang mempunyai unsur interaktif dan bukan hanya belajar dengan menggunakan cara lama iaitu sekadar membaca buku sahaja |
---|