Summary: | Ruang awam merupakan sutu keperluan penting kepada komuniti di bandar. Kawasan bandar
yang padat menyebabkan ruang awam semakin mengecil. Peningkatan jumlah populasi bandar
menyebabkan keperluan ke atas ruang awam semakin tinggi. Kajian ini meninjau kesesuaian
masjid sebagai ruang awam kepada komuniti bandar. Rumah ibadat seperti Masjid, Gereja, Kuil
dan Tokong merupakan ruang awam. Masjid dipilih berdasarkan kepentingannya kepada
masyarakat Islam dan bilangannya yang mencukupi bagi Bandaraya George Town. Objektif
kajian ini ialah untuk melihat persepsi orang ramai terhadap kemudahan ruang awam, peranan
masjid dan keselesaan kemudahannya. Kajian ini juga melihat kepentingan peranan masjid
sebagai ruang awam dengan lebih jelas. Kaedah kajian yang dilakukan adalah lebih
memfokuskan pada persoalan borang soal selidik. Seramai 100 orang responden dipilih dalam
kajian ini. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social
Science (SPSS) versi 20.0. Dapatan kajian merumuskan masjid merupakan ruang awam yang
masih tidak digunakan secara optima dan ia berpontensi untuk dianggap sebagai ruang awam
komuniti bandar.
|