Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

Kawasan Muda merupakan salah satu kawasan jelapang padi utama di Malaysia. Kawasan ini merupakan penyumbang terbesar kepada pengeluaran beras negara. Pelbagai usaha dan pendekatan melalui perbelanjaan kerajaan (subsidi) telah dilaksanakan bagi memastikan kawasan ini terus menyumbang hasil pengelu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahim, Zulkifli, Ismail, Nor Asmat
Other Authors: A Kadir, Nadhrah
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences, USM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/40616/1/ART_41.pdf
Description
Summary:Kawasan Muda merupakan salah satu kawasan jelapang padi utama di Malaysia. Kawasan ini merupakan penyumbang terbesar kepada pengeluaran beras negara. Pelbagai usaha dan pendekatan melalui perbelanjaan kerajaan (subsidi) telah dilaksanakan bagi memastikan kawasan ini terus menyumbang hasil pengeluaran beras kepada negara. Kertas kerja ini bersifat kualitatif dan bertujuan untuk melihat keberkesanan skim subsidi padi yang telah diberikan oleh kerajaan terhadap perubahan hasil pengeluaran padi dan pendapatan petani di kawasan Pengairan Muda. Antara skim subsidi yang dikaji termasuklah harga minimum terjamin, skim subsidi harga padi, skim subsidi baja padi, insentif pengeluaran padi, insentif peningkatan hasil dan insentif pengeluaran benih padi sah. Penelitian daripada kajian lepas mendapati bahawa skim subsidi padi diperlukan bagi meningkatkan pengeluaran padi dan pendapatan petani di kawasan Pengairan Muda secara khususnya dan di jelapang padi yang lain secara amnya. Bagi menjayakan matlamat ini, perbelanjaan kerajaan perlu diteruskan menerusi skim subsidi padi bagi meningkatkan pengeluaran padi sekaligus dapat meningkatkan pendapatan petani padi melalui program pembangunan dan penyelidikan yang holistik.