Summary: | Bangunan-bangunan dan struktur awam selalunya terbeban dengan beban melebihi
had sehingga membawa kepada kemerosotan dan kelemahan struktur penahanan dan
mengakibatkan keretakan. Keretakan dalam konkrit atau bahan berasaskan simen
membawa ancaman besar kepada mana-mana struktur awam: ianya sangat
berbahaya dan telah membawa kepada banyak kemusnahan dan kerosakan.
Walaupun satu keretakan kecil yang kelihatan tidak penting boleh membesar
sehingga akhirnya menyebabkan kegagalan struktur yang serius. Selain daripada
pemeriksaan manual yang tidak efektif dan memakan masa, beberapa teknik ujian
penilaian tanpa musnah pernah digunakan untuk mengesan keretakan. Contohnya,
ultrasonik, getaran dan teknik regangan, namun ada di antara penderia yang
digunakan samada terlalu besar ataupun beresolusi rendah. Objektif utama adalah
untuk mengkaji kemungkinan pengesanan keretakan di dalam konkrit atau simen
menggunakan gelombang mikro bersama dengan algoritma lengah-dan-campur.
Pertama sekali model pelbagai jenis keretakan di dalam bata disimulasikan
menggunakan teknik FDTD. Keputusan dari simulasi digunakan untuk menentukan
parameter persediaan eksperimen. Bata dan struktur konkrit dengan keretakan telah
digunakan sebagai bahan ujikaji. Daripada keputusan eksperimen, didapati isyarat
dengan frekuensi 1 hingga 7 GHz menghasilkan resolusi dan penembusan yang
optimum. Keretakan sekurang-kurangnya sebesar 5 mm telah berjaya dikesan dengan
resolusi λ/4, yang membolehkan pengesanan keretakan tahap awal. Kesimpulannya
teknik pengimejan gelombang mikro mempunyai potensi untuk mengesan keretakan
di dalam konkrit atau bahan berasaskan simen dengan resolusi yang tinggi.
________________________________________________________________________________________________________________________
Building and civil structures are often overburdened with load above their threshold
value that led to deterioration and weakening of the supporting members, and
resulted in cracks. Cracks in concrete or cement based materials present a significant
threat to any civil structures; they are very dangerous and have caused much
destruction and damages. Even small cracks, which look insignificant grow and
eventually lead to severe structural failure. Besides manual inspection that is
ineffective and time-consuming, several non-destructive evaluation techniques have
been used for crack detection. For instance, ultrasonic, vibration and strain-based
techniques, however some of the sensors used are either too big or limited in
resolution. The main objective is to study the possibility of crack detection in
concrete or cement based materials using microwave imaging with Delay-and-Sum,
(DAS) algorithm. First, models of various crack types in bricks were simulated using
finite difference time domain method (FDTD) method. The simulation results were
used to determine the design parameters for the experimental setup. Single brick and
a constructed concrete structure with cracks were used as phantoms. From the
experimental results, signal with frequency of 1 to 7 GHz gave an optimum
resolution and signal penetration. Cracks of at least 5 mm in size were detected with
a resolution of λ/4 that enabled crack detection at the early stage of development. In
conclusion, microwave imaging technique showed the potential to detect cracks in
concrete or cement-based materials with high-resolution image.
|