Summary: | Kajian ini membuat tinjauan tentang pola kehidupan komuniti masyarakat Orang Asli (Kuala) yang menetap di Batu Pahat. Tinjauan dilaksanakan menerusi kaedah kualitatif dan berfokus kepada tinjauan pustaka berkaitan dengan Orang Asli (Kuala) dan Orang Melayu tempatan. Tinjauan mendapati bahawa sejarah kedatangan golongan pendatang ini hadir terdahulu daripada masyarakat tempatan di Batu Pahat, walau bagaimanapun tiada maklumat tepat yang tepat. Golongan ini merupakan kelompok Melayu Proto yang datangnya daripada Kepulauan Riau, Sumetara Indonesia iaitu merupakan salah satu kelompok Orang Asli di Malaysia. Sekarang, golongan Orang Asli (Kuala) ini lebih cenderung mengamalkan budaya Melayu dan dalam menuju ke arah menjadi Melayu. Proses asimilasi dan amalgamasi yang dilalui oleh golongan ini sejak
sekian lama, telah menyebabkan sebahagian besar mereka tidak lagi mempertahankan budaya yang kurang sesuai dengan corak kehidupan masyarakat Melayu. Pergeseran bukan sahaja berlaku terhadap budaya, malah aspek kehidupan juga mempamerkan keadaan yang sama.
Makalah ini cuba mendeskripsikan Orang Asli (Kuala) dan meninjau perubahan budaya dan sosio budaya Orang Asli (Kuala) di Batu Pahat pada masa ini.
|