Summary: | Pada masa ini, sistem perlindungan sosial merupakan suatu keperluan kepada mereka yang terlibat dalam semua sektor pekerjaan seperti pencen kepada pekerja Kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja sektor swasta. Asas utama sistem ini adalah untuk memberikan perlindungan bagi mengatasi masalah kemiskinan, bantuan kewangan dan jaminan masa hadapan.
Namun, tiada sistem perlindungan sosial berstruktur diperkenalkan kepada pekerja bagi sektor tidak formal di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengkaji mengenai keperluan untuk mewujudkan sistem perlindungan sosial di kalangan pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Data kajian ini adalah berdasarkan data kajian rintis yang dijalankan dengan melibatkan seramai 30 orang responden di Wilayah III (Pendang, Kedah) MADA yang melibatkan kawasan AIII – Hutan Kampong, Alor
Star. Sebagai rumusan, kajian ini akan menentukan sama ada terdapat keperluan untuk mewujudkan sistem
perlindungan sosial dalam kalangan pesawah atau sebaliknya. Sekiranya terdapat keperluan, kajian ini
akan mencadangkan supaya suatu model sistem perlindungan yang khusus dan sesuai dengan keperluan pesawah diwujudkan bagi memberikan perlindungan kepada pesawah.
|